Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Teknologi

Menarik Tapi Menakutkan! Robot Seakan Manusia Ini Mampu Buat ‘Backflip’

Video terbaru menunjukkan sebuah robot melakukan aksi menarik akrobatik seperti ‘backflip’.

Robot seakan-akan manusia yang dipanggil Atlas adalah setinggi 1.5 meter dan mempunyai berat 75 kilogram. Ia menggunakan Lidar dan visi stereo untuk mengemudi di persekitarannya.

Sumber: Livescience

Atlas direka untuk menghadapi situati kecemasan yang membahayakan nyawa manusia seperti memasuki bangunan yang sudah runtuh setelah gempa bumi atau pun mengendalikan pesakit yang mempunyai penyakit yang membunuh atau berjangkit, menurut ‘Defense Advanced Research Project Agency (DARPA)’.

Dalam video tersebut, robot seakan-akan manusia itu boleh melakukan lompatan yang dipanggil ‘plyometrics’, iaitu menyeberang antara pelantar yang ditinggikan, melakukan pusingan 180 darjah di udara di atas pelantar dan melakukan ‘backflip’ dari atas pelantar. Atlas juga berjaya melakukan pendaratan yang sempurna.

Video: Youtube

Atlas juga memiliki keupayaan manusia seperti mengimbang, yang mana ia akan melawan sekiranya ditolak, dan akan kembali berdiri sekiranya dilanggar secara keras.

Versi terkini Atlas masih belum lincah seperti manusia yang mana ketika ia berjalan, ia menggunakan langkah yang pelik seumpama seseorang yang sangat perlu untuk ke tandas.

Namun begitu, versi terkini Atlas adalah penambahbaikan dramatik jika dibandingkan dengan versi sebelumnya. Pada tahun 2013, ketika diperkenalkan, Atlas mempunyai berat 150 kg dan perlu bergantung kepada kabel untuk bekalan kuasa.

 

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial