Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Kehidupan

Sedih! Pelajar Ini Kongsi Kisah Akibat Keluarga Yang Tak Titikberatkan Agama Dalam Kehidupan

 

Assalamualaikum pembaca semua. Aku cuma nak confess di sini sebab terlalu stress dengan semua masalah dalam hidup.

Aku anak sulung perempuan, 21 tahun. Lepas habis diplma haritu, aku terus bekerja, kerja pun di restoran sebagai waiter, lari dari bidang aku, tapi untuk sementara waktu sahaja sebelum aku melanjutkan pelajaran tahun depan.

Salah satu sebab aku nak bekerja adalah untuk jauhkan diri daripada keluarga. Aku bersyukur masih ada keluarga, tapi aku juuga diuji dengan keluarga yang bermasalah. Adik2 aku bila semakin membesar ni semakin buat perangai. Ibu ayah aku? Aku rasa sebab sikap ibu ayah aku lah yang menjadi punca adik2 aku sebegitu.

Aku bukan seorang alim. Tapi di rumah, solat adik2 tak diambil peduli. Adik lelaki aku yang masih tingkatan dah pernah terjebak dengan benda2 berat, banyak kali menipu, dan berhenti sekolah, ibu masukkan dia ke sekolah kemahiran atas permintaan dia sendiri, rupanya untuk bertemu dengan awek dia selalu, melepak sampai ke awal pagi, bising2 ibu aya pada dia macam tiada apa, tetap juga sama perangai dia sebegitu. Sebenarnya sejak awal dia buat perangai dulu, aku sudah menjangka keadaan yang sebegini, tapi ibu kata dia masih kecil, masih belum matang, masih tak mampu nak berfikir, samai lah bila dah jadi bubur, aku sendiri tak mampu nak cakap apa lagi.

Sumber: IIUMConfessions

Gambar : Google

Selama ini pun, apa yang aku kata memang betul terjadi. Adik perempuan aku yang kedua juga pernah buat hal, tapi akhirnya bila dah jadi bubur baru ibu gelabah cari aku. Ibu kata aku selalu dengki dengan adik tak pasal2, walhal aku lebih tahu bagaimana perangai budak zaman sekarang sebab aku berada sama di zaman2 sekolah adik aku. Aku dianaktirikan. Sungguh beza layanan ibu terhadap aku sejak kecil hingga lah kini, aku selalu rasa tidak dipedulikan. Kadang bila aku nasihat pada ibu, ibu kata aku seolah mengajar orang tua yang dah makan garam dulu.

Ayah? Lagi lah. Langsung tak peduli hal anak. Yang dia tahu Cuma hal politik, hari2 membebel pasal politik sekarang. Politik keluarga sendiri yang makin hancur langsung dia tak peduli. Ibu ayah hanya solat 5 waktu sahaja, baca al-Qur’an? Tak pernah sekalipun aku lihat mereka baca depan aku dalam hidup. Bila ditegur dan ditanya, jawapan seperti tadi. Dan selalu ibu akan menyalahkan ayah kerana tak membaca al-Qur’an. Solat Jemaah apatah lagi.

Dulu, bila kawan2 uni bercerita tentang keluarga dia yang selalu solat berjemaah, aku menangis fikir keluarga sendiri. Bagi aku, kunci utama penyatuan keluarga adalah kerana agama. Mungkin ada yang kata, “zaman sekarang ni yang nampak alim2 lagi advance buat maksiat diam2” wahai diknon yang berfikiran sebegitu, apakah kerana dosa munafik lain, kau pun nak jadi munafik?

Sungguh, bila aku baca institusi keluarga yang musnah zaman sekarang, masalah2 remaja yang makin meningkat, aku jadi stress sebab serap terlalu banyak bacaan negatif. Aku fikir nanti akan datang semuanya yang rosak, aku jadi takut sangat. Aku fikir kiamat, aku fikir nak mati cepat setiap hari, sebab aku takut dengan masa yang akan datang bila fikir keadaan yang sekarang ni.

Macam dah lari topik. Tapi memang sebab tu juga aku depression. Ibu ayah tak pernah peduli apa aku buat, tapi selalu kongkong hidup aku sampai bila aku dewasa ni aku rasa noob nak buat semua benda.

Lagi satu problem, ibu ayah aku ni tipikal Melayu. Yang harap anak kerja kerajaan, ada degree, kahwin cepat, and so on. Aku selalu fikir ibu ayah aku jadi macam tu sebab mulut saudara-mara yang berbawang-bawang sehingga beri tekanan pada ibu ayah untuk beri tekanan pada aku pula. Ada seorang makcik ni, hubungan kami dengan keluarga dia tak rapat langsung pun, saudara jauh, tapi sibuk dia hal aku (sebab aku yang sulung) macam aku ni anak dia. Masa diploma yang lalu, setiap kali result keluar, dia tanya cgpa aku, cgpa ye bukan dia tanya ok atau tak, terus call tanya cgpa dulu, sebab anak dia sekali tempat belajar dengan aku, dan walaupun setiap kali dia tanya tu memang cgpa aku kalahkan anak dia, tapi aku rasa macam “kenapa aku mesti ada sedara bawang macam ni?” akhir kalam dia memang wajib dia puji anak dia tambah2 sikit cerita, walhal dia fikir aku taktau anak dia pernah repeat satu sem.

Sekarang ni, aku rasa sunyi sangat. Bila balik rumah, tengok ibu ayah adik2 semua pegang phone. Rutin sama setiap hari. Penat dah. Air mata aku dah kering, hati dah keras. Aku fikir nanti habis belajar, aku nak kerja, dan duduk jauh daripada keluarga. Mungkin hati aku akan tenang sikit.

Sebenarnya banyak lagi tapi aku pendam. Setiap kali stress, balik kerja penat, dah hadap perangai orang2 kat tempat kerja, kena hadap pula bising2 masalah di rumah, aku cuma mampu solat, doa dan menangis.

Harap ada yang sudi share tips untuk dapatkan rasa tenang hati berpanjangan. Thanks.

– Thia

 

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial