Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Kehidupan

Bergadai Nyawa Sambut Hari Jadi

TINDAKAN seorang lelaki memanjat pencawang elektrik berdekatan hotel di Bangsar, Kuala Lumpur, hari ini, menggemparkan orang ramai apabila mereka menyangkakan individu terbabit mahu membunuh diri.

Gambar : Info Roadblock JPJ/POLIS

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khiruddin Drahman berkata, pihaknya menerima panggilan awam memaklumkan mengenai kejadian pada 5.29 petang.

Katanya, lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai ke lokasi bagi bantuan.

“Setibanya di lokasi kejadian, terdapat seorang lelaki memanjat pencawang elektrik.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit turun dari pencawang elektrik itu selepas mendengar nasihat anggota polis dan pihak bomba membuat persediaan dil okasi bagi memantau sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

Sumber: Harian Metro

“Siasatan awal mendapati lelaki tempatan berusia 26 tahun itu memanjat pencawang elektrik adalah untuk mengambil gambar swafoto sempena sambutan hari lahirnya, hari ini,” katanya ketika dihubungi.

Gambar : Info Roadblock JPJ/POLIS

Jelasnya, lelaki terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan dia diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial