Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Semasa

[Terkini]: Lebih 235 Terkorban Serangan Bom di Masjid Oleh Pengganas di Mesir

Cairo – Sekurang-kurangnya 235 maut apabila lelaki bersenjata api melepaskan tembakan dan mengebom sebuah masjid di Sinai pada Jumaat. Menurut pegawai kerajaan, lebih 109 lagi cedera dalam serangan itu – yang merupakan antara serangan berdarah dalam sejarah Mesir.

Sumber polis memberitahu AP bahawa lelaki dalam kenderaan melepaskan tembakan kepada jemaah di dalam masjid ketika dalam khutbah.

Sumber: SiakapKeli

Foto-foto dari dalam bangunan masjid menunjukan berdozen-dozen badan berlumuran darah disusun di atas lantai berkarpet.

Presiden Abdel-Fattah el-Sissi mengumumkan tiga hari berkabung dan memanggil untuk mesyuarat keselamatan selepas serangan itu.

Presiden AS, Donald Trump turut mengecam serangan itu dengan menyifatkan serangan itu sebagai “satu serangan pengganas yang teruk dan pengecut terhadap penganut agama yang tidak bersalah dan tanpa sebarang pertahanan.” tulis beliau di Twitter.

Setakat ini, masih tidak dapat ditentukan siapa yang bertanggungjawab atas kejadian tersebut.

 

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial