Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Global

Kerajaaan Arab Saudi Kini Larang Berselfie di Masjidil Haram?

JAKARTA: Kerajaan Arab Saudi mengenakan larangan mengambil gambar dan video menggunakan mana-mana peranti untuk sebarang tujuan di dua masjid di Tanah Suci.

Menurut beberapa laporan, larangan tersebut dikenakan di Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Haram di Makkah.

Sumber : mstar

Akhbar Turki, Daily Sabah melaporkan bahawa larangan itu dikeluarkan oleh Kementerian Luar Arab Saudi pada 12 November lalu.

Jakarta Post melaporkan perubahan tersebut disampaikan oleh Kementerian Luar Arab Saudi menerusi nota diplomatik yang dikirimkan kepada wakil-wakil negara yang terakreditasi di Arab Saudi, termasuk kedutaan Indonesia di Riyadh.

Kedutaan itu menerima surat berkenaan pada 15 November lalu.

Pihak berkuasa Arab Saudi menyatakan bahawa langkah itu dikenakan untuk melindungi dan memelihara kesucian tempat itu dan tidak menganggu jemaah beribadah. – The Jakarta Post/Asia News Network

 

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial