Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Semasa

Alami Sendiri Laluan Tertinggi Di Malaysia

RAWANG – Jalan Pintas Rawang (Rawang Bypass) bakal dibuka kepada orang ramai bermula pukul 6 pagi esok.

Jalan Pintas Rawang yang mempunyai ketinggian 58.2 meter dari aras tanah bakal menjadi mercu tanda baharu negara. Ini menjadikannya jambatan yang tertinggi di Malaysia.
Menurut Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Fadillah Yusof, keunikan jalan pintas itu ialah pembinaan struktur tiangnya yang diiktiraf tertinggi di Malaysia sehingga membolehkan pemandu merasakan seperti membelah kabus terutamanya pada waktu pagi.

“Pembinaan jajaran dua lorong sehala sepanjang sembilan kilometer (km) itu memendekkan perjalanan dari Serendah ke pusat bandar raya Kuala Lumpur pada waktu puncak dari dua jam kepada 30 minit.”

“Pemandu turut berpeluang menikmati permandangan panorama yang cantik di sekitar Rawang,” katanya pada Majlis Perasmian Jalan Pintas Rawang di Tapak Projek, Jalan Pintas Rawang di sini hari ini.

Sumber: Kosmo

Rawang Bypass dibina secara bengkang-bengkuk bagi meminimakan impak terhadap ekosistem Taman Warisan Negeri Selangor.

Projek yang menelan belanja sebanyak RM628 juta itu menggunakan teknologi dari Eropah.

Ia mula dibina pada 16 Julai 2005 dan siap sepenuhnya pada 21 November 2017.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial