Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Bisnes, Global

Akibat Terdesak, Airbnb Terpaksa Membiayai Perniagaan Mereka Dengan Kotak Bijirin.

Fakta Gembira: Airbnb kini mempunyai lebih daripada 1,400 istana yang boleh anda sewa.

Hari ini, kita semua mengenali Airbnb sebagai perniagaan gergasi bernilai USD 25 bilion yang berfungsi sebagai platform untuk pemilik rumah menyewakan rumah mereka kepada pelancong. Namun suatu ketika dahulu, Airbnb tidaklah segah yang disangka.

Brian Chesky dan rakan pengasas Airbnbnya mendapat idea mengasaskan Airbnb setelah mendapati mereka tidak mampu untuk membayar sewa di apartmen San Francisco yang mahal.

Mereka melakukan apa yang kebanyakan orang yang memerlukan wang akan lakukan – memasang tiga tilam udara di dalam bilik tidur lebihan mereka, menghidangkan sarapan pagi dan menyewakannya kepada orang.

Maka terhasillah nama ‘Airbed & Breakfast’ (Airbnb).

Tanpa disangka, tiga tetamu muncul, membayar USD80 untuk setiap tilam udara dan boom! Brian dan rakannya kini memperoleh wang sewa yang mencukupi dan tidak perlu untuk tinggal di dalam kotak di jalanan.

Beberapa bulan kemudian, usahawan-usahawan ini mendapati mereka telah terperangkap dengan hutang USD20,000 – akibat penggunaan kad kredit berlebihan ketika dalam proses pembinaan awal perniagaan Airbnb.

Ada yang akan menggelarnya bodoh, namun bagimana boleh anda membayar hutang kad kredit sebanyak USD 20,000 dengan cepat? Sudah tentu dengan menjual kotak bijirin.

Pengumpul hutang mulai memanggil, tepat sebelum Pilihanraya Presiden Obama-McCain 2008.

Skuad Airbnb mempunyai idea yang hebat… “bagaimana jika kami mereka dan menjual kotak bijirin edisi terhad dan menamakannya Obama O’s & Kapten McCain?”

Mereka kemudian menghubungi kedai cetakan untuk menempah 1,000 kotak rekaan mereka, membeli bertan-tan bijirin (Cherrios dan Kapten Crunch), dan meletakkan harga USD40 sekotak.

Tuah menjadi milik mereka apabila mereka mendapat tayangan di televisyen nasional dan berjaya menjual 1,000 kotak bijirin dalam masa sehari, dengan keuntungan USD30,000 selepas perbelanjaan.

Apa yang boleh kita pelajari dari Airbnb & kotak bijirin mereka?

Hanya kerana anda mempunyai idea yang gila, tidak bermakna anda seorang yang gila. Ini mungkin bermakna anda sepintar Brian dan rakan-rakannya..Kayu ukuran disini adalah adakah idea gila anda boleh menjana wang.

Sememangnya peluang untuk menjana duit diluar daripada produk ditawarkan oleh perniagaan anda sentiasa ada. Sekiranya anda ingin kekal relevan dengan dunia yang sentiasa berubah-ubah ini, anda tidak boleh menawarkan perkara yang sama berulang kali, walaupun barangan itu menjana wang untuk anda.

Perkara untuk dipertimbangkan

Apa idea gila yang anda sedang fikirkan? Gila, dalam konteks ini, adalah sinonim untuk inovatif.

Apakah peluang yang belum diterokai dalam industri anda? Apakah produk baru yang boleh anda buat untuk menghasilkan wang?

Oleh: Cole Schafer.
Sumber: Medium

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial