Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Bisnes, Kehidupan

Hati-hati, Ketagihan Bekerja Boleh Jadi Tanda Penyakit Mental

Ciri-ciri seseorang yang sangat hebat adalah mempunyai sifat ingin berjaya, bekerja keras dan menetapkan matlamat secara agresif. Namun demikian,  ada yang berpendapat ini adalah hanyalah peringkat permulaan. Sebaliknya jika anda menghadapi masalah untuk meninggalkan kerja pada waktu anda sepatutnya berehat, jika anda masih memeriksa telefon kerja anda ketika sedang bercuti, atau jika anda memaksimumkan kerja lebih masa anda sama ada anda memerlukan wang itu atau tidak, ketagihan anda mungkin merupakan tanda kepada penyakit mental.

Sekumpulan penyelidik di Universiti Bergen di Norway telah menjalankan ujian untuk ketagihan bekerja yang mana asasnya adalah peralatan yang digunakan untuk mengenal pasti ketagihan dadah.

Kebanyakan kita menghabiskan terlalu banyak masa untuk apa yang mendesak dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk apa yang penting.

    – Stephen R. Covey

Apakah hubungan antara ketagihan bekerja dan penyakit mental?

Penyelidik-penyelidik yang sama di Norway melakukan kajian menyeluruh yang menunjukkan hubungan statistik antara ketagihan kerja dan penyakit termasuk keresahan, kemurungan, ADHD dan OCD.

Dalam erti kata mudah, ini bermakna terdapat kemungkinan bahawa seseorang yang mengalami ketagihan bekerja mempunyai penyakit mental tambahan. Ia tidak bermakna bahawa ketagihan bekerja menyebabkan penyakit mental, atau sebaliknya, atau orang yang mengalami ketagihan kerja pasti mempunyai penyakit mental tambahan.

Apa yang disampaikan oleh kajian tersebut adalah relevan untuk mereka yang kurang daya kawalan ke atas kerjaya mereka. Jika anda fikir anda menunjukkan tanda-tanda ketagihan bekerja, anda mungkin mempunyai penyakit mental yang tidak didiagnosis serta perlu diatasi.

Bagaimana jika anda tidak mempunyai penyakit lain?

Ketagihan bekerja dalam erti kata lain masih merupakan satu masalah. Masalah utama dengan ketagihan bekerja adalah ianya tidak tahan lama. Anda akhirnya akan lesu secara mental dan fizikal. Dan apabila itu berlaku, anda mungkin akan mengalami masalah yang teruk, menjadi bosan dengan kerjaya anda atau mengalami kesan kesihatan fizikal.

Ketagihan bekerja boleh menjadi punca kelesuan di tempat kerja. Apabila itu berlaku, jika anda tidak mampu memperbaiki tahap kesihatan mental anda, ianya boleh mendatangkan kesan jangka panjang terhadap kerjaya anda dan juga kesihatan anda.

Ketagihan bekerja – Apa yang boleh anda lakukan?

Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah mendapatkan nasihat profesional dan pastikan sama ada anda mengalami penyakit mental tambahan. Proses pemulihan dari ketagihan bekerja tidak akan berlaku jika anda berhadapan dengan penyakit lain yang tidak didiagnosis. Anda boleh memulakan pelan rawatan sebaik sahaja anda mengenal pasti apa yang sedang anda hadapi. Sekali lagi, saya ingin menegaskan, anda mungkin mahu bertemu doktor untuk dirujukkan kepada pakar yang sesuai.

Proses pemulihan bermakna memperlahankan serta mengubah rutin harian anda untuk meluangkan masa untuk merefleksi diri, dan menilai semula perkara utama dalam hidup anda. Terdapat beberapa aktiviti harian yang akan membantu mengurangkan risiko kelesuan, seperti keluar dari gim dan bersenam di persekitaran semula jadi.

Mengatasi penyakit mental walau apa jenis pun adalah satu proses yang anda perlu dekati melalui pelbagai sudut yang berbeza:

  • Dari sudut perubatan, yang membolehkan anda berfikir secara jelas untuk memperbaiki diri anda. Bukan semua orang memerlukan ubat kimia, namun jangan pula percaya dengan orang yang memberitahu anda bahawa anda boleh menyembuhkan kemurungan dengan hanya keluar rumah setiap hari.
  • Dari sudut terapeutik yang membolehkan anda merujuk pengalaman lepas dan merancang untuk masa depan berdasarkan matlamat yang dipantau.
  •  Dari sudut harian yang melibatkan pengekalan rutin yang sesuai untuk memastikan kehidupan anda seimbang.

Penyembuhan dan pengurangan beban hidup bukan hanya boleh dicapai melalui satu jalan sahaja. Gabungan bantuan profesional dengan strategi meluangkan masa untuk diri sendiri dan menyusun kehidupan anda dari dipengaruhi obligasi kerja dan pengaruh negatif lain dapat meningkatkan kualiti hidup anda dengan ketara.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial