Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Kehidupan, Tips

Inilah Yang Akan Berlaku Jika Anda Minum Air Campuran Cuka Epal Dan Madu Bila Perut Kosong Setiap Pagi.

Jika anda mengalami keradangan, masalah pencernaan dan sakit pada otot sendi atau tekak, anda sangat disarankan meminum air campuran cuka epal dan madu sebagai altenatif perubatan.

Tubuh badan anda boleh menjadi berasid apabila anda mengamalkan tabiat yang tidak sihat. Tahap pH yang rendah dalam tubuh anda boleh menyebabkan banyak penyakit, jangkitan, keradangan, kekurangan tenaga dan loya.

Dengan meminum cuka cider epal dan madu tahap PH darah anda dapat ditingkatkan kepada keadaan semulajadi yang membantu melawan kuman dan penyakit.

Apakah kandungan cuka cider epal dan mengapa ia membantu

Cuka cider epal (ACV) adalah jus yang ditapai dari epal hancur. Seperti jus epal, ia mengandungi beberapa pektin; vitamin B1, B2, dan B6; biotin; asid folik; niacin; asid pantotenik; dan vitamin C. Ia juga mengandungi sejumlah kecil mineral natrium, fosforus, kalium, kalsium, besi, dan magnesium. Cuka cider epal juga boleh mengandungi kuantiti asid asetik dan asid sitrik yang ketara.

 Apakah kandungan madu dan mengapa ia membantu

Madu adalah sirap manis yang dibuat oleh lebah menggunakan nektar daripada bunga. Ia mengandungi kalium, kalsium, magnesium, besi, tembaga dan zink. Ia juga termasuk vitamin C, tiamin, riboflavin, asid nikotinik, vitamin B6 dan asid panthothenic.

Kelebihan campuran madu dan cuka epal

  • menghilangkan kesakitan sendi
  • merawat refluks asid dan pedih ulu hati
  • meningkatkan tenaga
  • menghilangkan nafas berbau
  • mengurangkan saki tekak
  • membantu pengurangan berat badan
  • mengurangkan keradangan
  • mengurangkan kolestrol
  • meningkatkann tenaga
  • penghadaman dan sembelit

Cara menyediakan bancuhan minuman cuka epal dan madu

Bahan-bahan:

  • 1 sudu kecil madu asli
  • 1 sudu besar cuka epal organik
  • 1 cawan air

Cara-cara:

Campurkan kesemua bahan dalam gelas, dan minum sekurang-kurangnya 20 minit sebelum sarapan. Anda digalakkan meminum banyak air kosong sebagai tambahan selepas itu.

Nota Amaran:

Sebelum mengambil cuka epal setiap hari sila rujuk doktor anda dahulu. Mengambil cuka epal secara berlebihan juga akan mendatangkan kesan sampingan terutamanya gangguan terhadap ubat untuk penyakit kencing manis dan penyakit jantung.

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial