Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Sejarah

Bandar Melaka Pernah Dinobat Bandar Terkaya Di Dunia

Catatan Portugis oleh Diogo Lopez De Sequiera menunjukkan kekayaan pedagang di Melaka sekitar tahun 1508-1509, dan dinyatakan bagaimana Melaka pada zaman itu disohor sebagai bandar paling kaya di dunia.

Satu bahara emas bersamaan dengan empat “quintaes”, unit kiraan emas Portugis.

Dalam kiraan emas portugis, satu unit quintal (majmuk: quintaes) adalah bersamaan dengan 100kg emas.

Oleh itu satu bahara emas adalah bersamaan dengan 400kg emas.

 

Dinyatakan bahawa nilai kekayaan pedagang Melaka ketika itu sehingga memiliki 10 dan 12 bahara emas, yang bersamaan dengan 4000 hingga 4800 kg emas.

Dalam kiraan moden, anggaran kasar emas sebanyak ini adalah berjumlah hampir RM800juta.

Kekayaan yang dinilai ini pastilah tidak termasuk bilangan kapal, gudang-gudang serta aset perniagaan dan peribadi masing-masing, yang menyaksikan jumlah yang sangat besar nilainya pada zaman itu.

Berdasarkan laporan sebeginilah yang membuatkan Raja Portugis meneruskan misi ‘Gold, Gospel and Glory’.

Sumber: ThePatriots

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial