Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Kehidupan

9 Petikan Kata-kata Terbaik Yang Boleh Membantu Anda Mengatasi Ketakutan Anda

Ketakutan seseorang itu adalah umpama binatang buas yang menghendap semua impian mereka. Umpama burung hering kepada pencapaian manusia, yang terbang dalam diam, sesekali mengganas, dan seringkali mengalihkan perhatian seseorang dari meneroka lebih jauh potensi mereka. Akan tetapi, orang-orang yang berjaya mengatasi ketakutan tahu bahawa mereka sebenarnya adalah binatang yang tidak bergigi, seorang raja tanpa mahkota atau tentera, yang kuasanya hilang apabila anda bertegas untuk menolaknya jauh-jauh dan mendapatkan semula kawalan ke atas masa depan anda.

Sudah tiba masanya anda berhadapan dengan ketakutan anda, dan memahami muslihat mereka.

Berikut adalah 9 petikan kata-kata terbaik untuk membantu anda mengatasi ketakutan anda.

Segala yang anda kehendaki berada di sebalik ketakutan.

– George Adair

Kesilapan terbesar yang boleh anda lakukan dalam kehidupan adalah untuk terus takut anda akan membuatnya (kesilapan).

– Elbert Hubbard

Anda mendapat kekuatan, keberanian dan keyakinan melalui setiap pengalaman dimana anda berhadapan dengan ketakutan. Anda boleh mengatakan kepada diri sendiri, ‘Saya telah pernah melalui ketakutan ini. Saya mampu untuk menghadapi perkara yang akan datang bersamanya. ‘Anda mesti melakukan perkara yang anda fikir anda tidak boleh lakukan.

– Eleanor Roosevelt

Cuba lakukan perkara yang tidak pernah anda lakukan sebanyak tiga kali. Sekali untuk mengatasi rasa takut melakukannya. Dua kali untuk belajar bagaimana untuk melakukannya. Dan kali ketiga untuk mengetahui sama ada anda suka atau tidak.

– Virgil Thomson

Ketidakpastian membiakkan keraguan dan ketakutan. Tindakan membiakkan keyakinan dan keberanian. Jika anda ingin menakluki ketakutan, jangan duduk di rumah dan berfikir mengenainya. Keluar dan sibukkan diri anda.

– Dale Carnegie

Mengelakkan bahaya bukan bermakna lebih selamat daripada menghadapinya secara langsung. Orang yang takut seringkali terkena sama seperti yang berani.

– Helen Keller

Tiada apa-apa pun dalam kehidupan yang perlu ditakuti, ianya hanya untuk difahami. Sekarang adalah masa untuk memahami lebih mendalam supaya ketakutan dapat dikurangkan.

– Marie Curie

Saya belajar bahawa keberanian bukanlah bermakna tidak tiada ketakutan, tetapi kemenangan ke atasnya. Lelaki yang berani bukanlah dia yang tidak merasa takut, tetapi dia yang berjaya menakluki ketakutan itu.

– Nelson Mandela

Kita dengan mudah boleh memaafkan kanak-kanak yang takut kepada kegelapan; tragedi kehidupan sebenar adalah apabila lelaki takut akan cahaya (kebenaran).

– Plato

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial