Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Bisnes, Kehidupan

Sekiranya Anda Ragu-ragu Nak Berniaga, Pengalaman Usahawan Muda Ini Boleh Menukar Fikiran Anda

Adakah anda mempunyai ciri seorang usahawan? Pernahkah anda bangun dari tidur dan terasa berat untuk pergi ke tempat kerja? Selalu terbayang memiliki perniagaaan sendiri yang tidak terkongkong oleh orang atasan. Teringin Nak Berniaga. Itu adalah normal dan hampir semua orang pernah mempunyai pemikiran sedemikian.

Namun ketidakpastian sentiasa menyelubungi pemikiran anda. Bagaimana kalau anda gagal? Rasa tak cukup ilmu? Kurang kemahiran dan modal? Ketakutan ini membuatkan anda melemparkan jauh-jauh impian untuk berniaga itu dari fikiran anda.  Baca nasihat daripada usahawan muda, saudari Azri Walter ini bagaimana beliau memulakan perniagaannya. Lagipun, apa yang penting adalah langkah pertama iaitu bermula.

…..

“Kawan, kalau kau rasa nak buat bisnes teruskan sahaja mulakan. Tidak semestinya kau perlu ada mentor atau tunggu kau katam semua ilmu bisnes baru kau boleh mula.

Aku selalu percaya bahawa, usahawan yang handal boleh mulakan dengan apa yang ada walaupun banyak benda yang masih belum lengkap.

Ramai usahawan handal yang aku jumpa, mereka ini mulakan bisnes tanpa ada sesiapa pun yang ajar. Mereka main belasah sahaja. Selagi tidak mengundang murka Tuhan dan boleh mencipta aliran tunai, nescaya mereka buat.

Adakah ianya mustahil?

Tidak. Aku mulakan bisnes tanpa ada mentor dan tanpa aku tahu bahawa ada ramai kawan-kawan yang menulis tentang tips bisnes di Facebook ini. Dulu aku langsung tak pernah minat atau ambil tahu tentang bisnes.

Sehinggalah aku mula menjual produk orang lain kerana mahu cari wang tambahan. Bila aku rasa syok, baru aku mula keluarkan produk jenama sendiri iaitu Walter. Hinggalah jualan produk aku mencapai satu jumlah yang aku pun tak pernah sangka.

Kemudian aku mula kembangkan dengan membukan kedai fizikal iaitu Walter Barbershop. Ianya berkembang sehingga aku berjaya mempunyai 12 cawangan. Waktu itu masih kerja sebagai penjawat awam.

Ya, semua itu aku capai tanpa aku pernah belajar dari mana-mana sifu, mentor, seminar atau coaching. Maka benarlah kata Allah, Dia berikan rezeki kepada siapa sahaja yang Dia mahu.

Selepas itu, baru aku terjumpa orang-orang bisnes dalam Facebook. Maka aku mula berkawan dan berkenalan dengan mereka. Setelah aku mulakan dan kembangkan bisnes, baru aku tahu tentang istilah dan teori-teori bisnes.

Tersilap dalam bisnes? biasalah. Setiap kali kau silap, itulah pelajaran paling berkesan. Kalau kau tak pernah silap, maka kau semestinya bukan manusia.

Ya kawan, lepaskan lah diri dari sifat bergantung kepada manusia. Maksimumkanlah penggunaan akal kau untuk berfikir. Usah jadi lembik dan asyik mahu disuap. Mulakan sekarang. Jika silap, kau betulkan. Apabila gagal, kau cuba lagi.

Aku jalan dulu ya.

Azri Walter,
Usahawan muda yang bebas.”

Sekiranya anda ingin mengikuti perkembangan saudara Azri Walter, anda boleh melakukannya di sini.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial