Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Global, Tips, Travel

Tips Dapatkan Tiket Murah Untuk Ke FIFA World Cup 2018

Sekarang sudah tiba masanya anda mula memburu tiket penerbangan ke sana kerana kebanyakan airlines sudah membuka tarikh penerbangan Julai 2018. Jadi kami ingin memberikan sedikit tips kepada anda sekiranya anda berhasrat untuk menonton 2018 FIFA World Cup Final yang akan berlangsung pada 15 Julai 2018 di Luzhniki Stadium, Moscow.

Bila tibanya event besar seperti ini, pastinya harga tiket penerbangan ke Russia dari Kuala Lumpur mencanak naik. Bagi anda yang tidak kisah berlecehan, dan mahukan penjimatan, boleh cuba tips ini.

1. Gunakan Skyscanner / KAYAK / Momondo / Matrix Airfare atau mana-mana enjin carian tiket murah yang anda suka untuk mencari tambang termurah dari Kuala Lumpur ke Moscow.

2. Setakat ini, tiket penerbangan pergi dan pulang dari Kuala Lumpur ke Moscow mencecah RM3500 yang pada pandangan kami luar biasa mahal untuk penerbangan ke Moscow, Russia! Jadi anda perlukan beberapa opsyen lain.

3. Selain daripada KLIA & KLIA 2, pilihan lain untuk anda mencari tiket murah ke Moscow adalah melalui penerbangan daripada airport-airport bandar utama berdekatan Kuala Lumpur, seperti Changi airport (SIN), Bangkok (BKK), Ho Chi Minh City (SGN), Hanoi (HAN), Manila (MNL), Hong Kong (HKG), Tehran (IKA).

4. Antara airport pilihan kami, adalah Hong Kong. Dari Kuala Lumpur ke Hong Kong, anda boleh naik penerbangan AirAsia dengan bajet tambang perjalanan sekitar RM400 (return flight). Kemudian menaiki penerbangan terus dari Hong Kong ke Moscow menaiki Aeroflot Airlines dengan harga sekitar RM1700.

5. Sebab utama kami memilih Hong Kong kerana anda tak perlu visa untuk Hong Kong dan tambang murah dari Kuala Lumpur ke Hong Kong mudah untuk dicari.
Semoga tips ini bermanfaat. Selamat memburu! Majulah sukan untuk negara.

Sumber: Pemburu Tiket Murah

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial