Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Kehidupan, Sejarah

I Am The Greatest: Pengajaran Daripada Kejayaan Muhammad Ali

Kepantasan Usain Bolt, lompatan Michael Jordan atau dominasi Muhammad Ali. Apa yang membuatkan atlet-atlet ini melonjak naik dan mencabar had kapasiti manusia untuk mengatasi yang lain? Apa yang membawa kepada kejayaan Muhammad Ali?

Sumber gambar feature: Flickr

Kebanyakan orang akan menyamakan kejayaan ini dengan latihan-latihan yang tidak terhitung lamanya atau bakat semula jadi atlet-atlet ini.

Dalam mengkaji kejayaan atlet-atlet legenda ini, satu ciri ditemui pada mereka dan menurut mereka adalah merupakan faktor yang paling penting dalam kejayaan mereka. Mereka semua percaya mereka adalah yang terbaik walaupun sebelum mereka mencapai sebarang kejayaan. Atlet-atlet ini mampu membuat diri mereka dan orang lain berfikir bahawa mereka sudah menjadi juara.

Tiada atlet yang melakukan ini lebih baik daripada Muhammad Ali. Umumnya Ali dianggap sebagai peninju paling hebat sepanjang zaman. Dia memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik Rom pada tahun 1960 dan kemudian memenangi kejohanan dunia dalam kategori berat sebanyak tiga kali. Dia sering mengulangi kepada dirinya sendiri dan sesiapa sahaja yang akan mendengar: Saya Adalah Terhebat (“I am the greatest“).

Saya yang Paling Hebat. Saya mengatakannya Sebelum Saya Tahu Saya Adalah Terhebat. – Muhammad Ali

 

Ilmu Kehidupan Dari Muhammad Ali

Ali bukanlah peninju yang paling tinggi, dan dia tidaklah begitu besar berbanding kebanyakan peninju yang lain pada zamannya, pukulannya bukan yang paling kuat, tetapi dia masih menjadi peninju yang terbaik pada zamannya. Ketangkasannya mengagumkan, tetapi yang paling mengagumkan adalah keyakinannya terhadap dirinya sendiri.

Dalam buku “The Greatest: My Own Story“, Ali berkata, “Ini adalah pengesahan yang diulang-ulang yang membawa kepada kepercayaan. Dan setelah keyakinan itu menjadi keyakinan yang mendalam, akan berlaku sesuatu. “Dia percaya tanpa ragu-ragu dia adalah peninju terbaik sepanjang zaman, dan dia juga menegaskan keyakinan ini kepada lawannya. Dia terus mengulanginya kepada dirinya sendiri dan sesiapa sahaja yang akan mendengar bahawa dia adalah yang terbaik sepanjang zaman.

Sumber gambar: Wikipedia

Mentaliti ini membuatkannya mampu untuk menerima tumbukan demi tumbukan dan terus mara ke hadapan. Dalam pertarungannya pada peringkat awal, lawannya mempunyai lebih banyak kelebihan namun dia masih mampu untuk melakukan perkara yang dianggap mustahil.

    Untuk menjadi juara yang hebat, anda mesti percaya anda adalah yang terbaik. Jika anda bukan, berpura-puralah sebagai yang terbaik. – Muhammad Ali

Kekuatan mindanya dapat disaksikan ketika dia mampu mengalahkan George Foreman, seorang yang dianggap tidak terkalah ketika itu. Dia sebelum ini kalah ketika berhadapan dengan Ken Norton dan Joe Frazier, dan ramai yang menganggap kerjayanya akan berakhir, tetapi Ali tahu bahawa ini tidak akan berlaku. Dia percaya dia ditakdirkan sebagai peninju terhebat sepanjang zaman. Ali berusaha berlatih lebih keras, dan yang paling penting dia menerapkan mentaliti yang akan membolehkannya menghadapi sebarang cabaran.

Semasa perlawanan, dia menerima semua pukulan yang dilepaskan Foreman kepadanya. Perlawanan itu diseret hingga ke pusingan ke-8 di mana Foreman yang sangat penat telah jatuh ke tanah dan tidak dapat berdiri kembali dalam masa yang ditetapkan. Muhammad Ali kemudiannya memenangi juara bertaraf dunia untuk kali ketiga dan terakhir. Mengingati masa lalu, Foreman berkata: “Saya akan mengakuinya. Muhammad telah mengalahkan saya secara minda dan fizikal”

Dalam autobiografinya yang menarik, juara itu mendedahkan tentang sesuatu mengenai dirinya. Dia menerangkan dengan lebih teliti mengenai strategi yang digunakan untuk mempengaruhi minda juara Sonny Liston sebelum perlawanan pertama mereka. Membaca buku autobiografi ini akan memberi peluang kepada anda untuk menyelami minda Ali. Membacanya akan menyebabkan anda seakan-akan duduk di sebelah Ali dan mendengar dia menjawab semua soalan yang anda mahu bertanyakan kepadanya.

Sumber gambar: Flickr

Contoh seperti ini yang mempamerkan ketabahan dalam menghadapi sebarang kemungkinan adalah analogi yang indah terhadap apa yang berlaku dalam kehidupan kita. Cara kita melihat sesuatu perkara adalah penting. Kehidupan adalah umpama cermin yang mempamerkan siapa kita dan apa yang kita percaya. Lebih kuat kita percaya bahawa kita boleh melakukan sesuatu maka lebih tinggi lagi peluang untuk kita mencapai matlamat itu. Memang akan ada saat-saat yang sukar dan mengecewakan dalam setiap perkara yang kita lakukan, tetapi jika kita terus berusaha, cabaran yang dihadapi akan menjadi semakin mampu untuk diterima. Ini menjadikan kita akan terus mencabar had keupayaan kita dan akhirnya menggapai perkara yang diimpikan.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial