Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Kehidupan

Menurut Kajian, Lebih Banyak Anda Luangkan Masa Bersama Ibu Anda, Lebih Lama Mereka Akan Hidup

Jika anda duduk berhampiran dengan nenek anda, jangan lupa untuk selalu melawat dan bermesra dengan mereka. Luangkan masa bersama ibu anda. Kajian menunjukkan bahawa dengan selalu bergaul dengan nenek (atau golongan tua dalam keluarga anda) sebenarnya boleh memanjangkan usia mereka!

Sebaliknya sekiranya mereka kurang bergaul dan lebih banyak duduk keseorangan, maka hayat mereka mungkin tidak sepanjang mereka yang selalu bergaul dan bersosial. Walau semasa usia muda pun, pengasingan dan kesunyian boleh menjejaskan anda, kesannya bertambah lebih lagi apabila usia anda meningkat.

Kajian yang dijalankan ke atas sekumpulan 1600 orang dewasa dengan purata umur 71 telah membuktikan hidup secara berteman boleh memanjangkan dan meningkatkan kualiti kehidupan golongan tua. Kajian yang di jalankan di University of California, San Francisco itu juga membuktikan, semakin usia anda meningkat tua, semakin anda memerlukan teman untuk meneruskan kehidupan anda.

Dalam kajian tersebut 23% peserta yang hidup keseorangan meninggal dunia semasa kajian selama enam tahun itu berlangsung, berbanding 14% peserta yang hidupnya berteman.

Berdasarkan kajian ini, sebagai ahli keluarga, anda perlulah memastikan golongan tua di dalam keluarga anda selalu bergaul dan tidak hidup keseorangan atau terasing daripada masyarakat.

Sebenarnya bergaul dengan datuk dan nenek anda bukan hanya memberikan manfaat kepada mereka sahaja.

Hubungan simbiotik

Ia adalah hubungan simbiotik yang membawa kebaikan kepada kedua-dua pihak. Mereka akan berasa gembira bersama dengan anda, menjadikan hari-hari mendatang mereka lebih ceria dan menyeronokkan.

“Keperluan seumur hidup kita – orang yang mengenali kita, menghargai kita, dan membawa kegembiraan kepada kita – ia takkan pergi” terang Barabar Moscowitz, seorang pekerja sosial senior di Hospital Besar Massachusetts.

Selain itu, anda juga akan memperoleh manfaat daripada pengalaman dan kehidupan mereka yang penuh dengan warna-warni. Anda boleh belajar daripada pengalaman mereka, atau kemahiran-kemahiran mereka seperti memasak, menulis dan sebagainya. Anda juga boleh mendengar cerita-cerita menarik mereka yang mungkin akan terpahat sebagai sejarah. Mereka pasti akan gembira untuk berkongsi dengan anda apa yang mereka telah lalui.

Luangkan masa anda bersama-sama mereka. Inilah masa untuk anda mengenali mereka dengan lebih mendalam. Mungkin anda mempunyai minat yang sama dalam bidang musik, seni, atau masakan. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah bertanya.

Sila SHARE dengan sahabat dan keluarga anda.

Sumber: goodhousekeeping

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial