Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Kesihatan

Khasiat Buah Rambutan Yang Tak Ramai Orang Tahu

Rambutan atau nama saintifiknya Nephelum Laapaceum sememangnya sejenis buah yang sangat dikenali ramai di negara ini. Ia berwarna merah, berbulu di kulitnya dan mepunyai isi putih yang manis dan lazat. Ia hampir sama dengan buah laici. Jom baca lebih lanjut untuk ketahui khasiat buah rambutan.

Buah yang berasal daripada negara Malaysia dan Indonesia ini kini telah tersebar ke seluruh dunia. Ia telah tersebar sehingga ke benua America, Australia dan India. Rambutan seperti kata namanya bermaksut rambut. Adalah menjadi kebiasaan kepada kita melihat buah ini di mana-mana di negara ini. Pohonnya ada di merata-rata di tepi jalan. Namun tahukah anda buah ini juga di gelar ‘buah super’ oleh sesetengah pakar. Apa yang kita tidak tahu mengenai buah ini adalah kebaikannya untuk kesihatan tubuh badan manuasia.

Ia adalah buah yang sangat bermanfaat dan boleh menjadi altenatif kepada makanan yang diproses. Buah ini juga sebenarnya sesuai dimakan sebagai snek. Selain itu juga, bukan buahnya sahaja yang mendatangkan manfaat kepada manusia, malah pohon dan dedaunnya juga ada kebaikan yang boleh memanfaatkan.

Berikut adalah khasiat buah rambutan untuk kesihatan manusia.

Sumber zat besi.

Rambutan mengandungi sejumlah besar zat besi yang penting untuk tubuh badan manusia. Zat besi yang cukup adalah penting untuk manusia kurang rasa letih dan pening disebabkan oleh penyakit kurang zat besi seperti anemia.

Mengurangkan lemak yang tak diingini.

Rambutan memang dikenali mampu untuk mengurangkan lemak dalam tubuh badan manusia. Ini adalah kerana ia mempunyai serat yang tinggi, dan rendah kalori. Tambahan pula, kandungan airnya sangat tinggi. Dengan ini, perasaan lapar boleh dikurangkan. Bijinya juga boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan.

Membantu meningkatkan tenaga.

Selain daripada serat yang tinggi, rambutan juga mempunyai karbohidrat dan protein yang tinggi. Ia mampu meningkatkan tenaga individu yang memakannya. Sekiranya anda memakannya secara kerap, ia mampu membantu mencegah anda daripada kembung perut. Disebabkan kandungan airnya yang tinggi, ia boleh menghilangkan dahaga anda.

Membantu mengurangkan kotoran daripada buah pinggang.

Rambutan juga kaya dengan phosphorus. Ia adalah mineral yang diperlukan oleh buah pinggang untuk menapis kotoran. Selain itu, ia juga bertanggungjawab untuk membina, membaiki dan memelihara tisu dan sel dalam badan manusia.

Selain itu, ia juga mempunyai kalsium, dan bersama dengan phosphorus boleh menguatkan gigi dan tulang manusia.

Membantu memelihara rambut

Khasiat buah rambutan bukan hanya di buahnya, malah daun rambutan juga baik untuk rambut manusia. Amalan menggunakan pes campuran daunnya dan air juga telah menunjukkan perubahan yang baik ke atas rambut manusia. Ia menjadikan rambut segar dan sihat.

Menyihatkan kulit

Disebabkan oleh kandungan airnya yang tinggi, rambutan boleh menjadikan kulit anda lebih cerah dan sihat kerana ia menghidrasikan kulit anda menjadikan ia lembut dan licin. Selain itu, kulit anda juga dilindungi daripada kerosakan oksidatif kerana buah ini boleh meneutralkan radikal bebas.

Anti kanser

Disebabkan kandungan anti-oksidanya, rambutan juga berkesan untuk melindungi anda dari kanser. Walaupun khasiat buah rambutan ini tidak diketahui ramai, kajian terkini menunjukkan rambutan sebenarnya efektif dalam merawat kanser. Asid Gallic di dalam buah ini adalah kompaun yang bertindak membunuh radikal bebas dan melindungi badan manusia dari kerosakan oksidatif. Kedua-dua kulit dan bijinya telah dibuktikan efektif untuk jenis-jenis kanser yang berbeza.

Mencegah diabetes

Biji rambutan juga telah dibuktikan mampu mencegah penyakit diabetes. Ia boleh mengawal gula dalam darah. Kandungan kimia di dalam biji rambutan boleh mengurangkan gula dalam darah. Ia telah digunakan di dalam rawatan altenatif untuk mengembalikan gula dalam darah ke paras normal. Biji buah ini mempunyai antara 30 hingga 43 peratus lemak, serat, kanji, dan asid stearik.

Sumber: Stylecraze

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial