Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Kesihatan

10 Jenis Makanan Yang Membersihkan Arteri Anda

Adalah penting untuk untuk memastikan arteri anda kekal lancar dan fleksibel. Jelas bahawa perkara utama yang anda perlu elak adalah mempunyai arteri yang tersumbat. Arteri yang tersumbat adalah punca kepada pelbagai masalah jantung yang serius dan juga atherosclerosis, satu bentuk arteriosclerosis yang mana perkumpulan plak menyebabkan dinding arteri menjadi tebal. Atherosclerosis adalah satu masalah yang boleh mendatangkan maut sekiranya langkah pencegahan atau rawatan tidak diambil. Oleh itu adalah penting untuk membersihkan arteri anda daripada tersumbat.

Antara rawatan untuk atherosclerosis adalah penggunaan penghalang-beta atau statins (ubat penurun kolestrol). Namun masih ada cara untuk mencegah masalah ini dan antaranya adalam bahan semulajadi yang ada di sekeliling kita. Bahan-bahan ini boleh membersihkan arteri anda dan membantu mengurangkan risiko masalah jantung.

Di bawah ini adalah 10 makanan semulajadi yang akan membantu melancarkan arteri anda:

Kunyit

Kunyit mempunyai bahan aktif curcumin yang boleh melindungi jantung dan menurunkan tahap kolestrol LDL di dalam arteri anda. Oksidasi kolestrol jahat membawa kepada pengumpulan lemak di sepanjang dinding arteri. Kunyit membantu mencegah tersumbatnya arteri anda dengan mencegah proses oksidasi ini daripada berlaku. Buat berkurun lamanya, kunyit menjadi rempah yang terkenal digunakan dalam perubatan Ayurvedic.

Bawang Putih

Bawang putih semestinya adalah salah satu bahan semulajadi yang paling berkesan. Ia berkesan dan baik untuk pelbagai jenis penyakit dan keadaan dan adalah sangat baik untuk membantu melawan masalah jantung. Bawang putih boleh menstabilkan tekanan darah, tahap kolestrol anda, dan membantu mencegah atherosclerosis. Oleh yang demikian, anda patut memasukkan bawang putih sebagai salah satu bahan makanan dalam diet anda.

Halia

Halia mempunyai kandungan anti-oksida yang tinggi dan merupakan agen anti-radang yang boleh membantu mencegah pengumpulan plak di dalam arteri. Akarnya mengandungi bahan seperti gingerols dan shogaols yang boleh membantu membersihkan arteri anda dan mencegah masalah jantung lanjutan. Menurut satu kajian, halia boleh menurunkan triglycerides dan kolestrol dalam darah dan sangat efektif dalam melawan atherosclerosis.

Cili Merah

Rempah seperti cili merah mengandungi bahan yang dikenali sebagai capsaicin yang boleh menstabilkan tahap kolestrol dan risiko untuk serangan jantung. Mengikut satu kajian yang dijalankan pada tahun 2009, capsaicin boleh mencegah komplikasi vaskular dan pulmonari yang berkaitan dengan ubat HAART ( Terapi Antiretoviral Sangat Aktif).

Air Lemon

Salah satu cara semulajadi untuk melindungi jantung anda daripada kerosakan dan mencegah risiko angin ahmar atau serangan jantung adalah dengan mengambil air lemon setiap pagi. Air lemon boleh mencegah kerosakan oksida dalam arteri anda melalui kandungan Vitamin-C nya yang tinggi. Air lemon juga boleh menguatkan arteri dan memelihara tahap fleksibel arteri anda.

Kayu Manis

Kayu manis menpunyai kandungan anti-radang yang sangat tinggi, dan ini membantu menstabilkan tahap kolestrol anda, dan ini telah dibuktikan dalam beberapa kajian yang telah dijalankan. Satu kajian pada tahun 2003 telah diterbitkan di dalam jurnal Diabetes Care menemui bahawa satu gram, tiga gram atau enam gram kayu manis setiap hari boleh menurunkan glukosa, triglycerides, kolestrol LDL dan keseluruhan kolestrol dalam diabetik tahap 2. Dengan ini, adalah baik sekiranya anda boleh menggunakannya di dalam masakan anda, taburkan ke dalam kopi anda, ataupun digunakan sebagai pengganti kepada gula.

Biji Flaks Hancur

Kaya dengan serat, biji flaks boleh bertindak sebagai mop untuk membersihkan arteri. Di dalam biji flaks juga terkandung asid lemak omega-3 yang penting untuk mengekalkan fungsi kardiovaskular dengan baik selain boleh mengurangkan keradangan. Dalam satu kajian pada tahun 1997 yang diterbitkan di dalam jurnal Atherosclerosis, penyelidik menemui bahawa biji flaks boleh menurunkan perkembangan aortic atherosclerosis sebanyak 46% di dalam arnab. Letakkan satu sudu kecil biji flaks hancur di dalam smoothie anda atau taburkan ke atas salad anda boleh mendatangkan manfaat kepada anda. Ia adalah satu pilihan makanan yang baik untuk melawan atherosclerosis.

Kubis Jeruk (Kimchi)

Kubis Jeruk atau nama popularnya Kimchi boleh membantu mencegah atherosclerosis dan menurunkan kandungan tosik dalam badan yang boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan.

Bijan

Bijan boleh membantu mencegah perkembangan atherosclerosis. Ia mengandungi kandungan lemak asid yang tinggi dan boleh mengurangkan risiko lecetan arteri serta menstabilkan tahap kolestrol LDL dan triglycerides dalam darah anda.

Jus Delima

Just delima adalah sangat berkesan untuk melawan atherosclerosis dan masalah jantung yang lain. Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil jus ini setiap hari, ia boleh membantu membersihkan arteri anda dengan kehadiran mineral seperti magnesium, kalium dan selenium.

Makanan-makanan ini adalah sangat baik untuk memastikan arteri anda tidak tersumbat. Selain itu, sebagai tambahan anda juga boleh melakukan senaman kerana senaman juga adalah sepenting mengamalkan pemakanan di atas. Senaman boleh menurunkan kadar stres dan boleh membantu melawan atherosclerosis. Adalah baik sekiranya anda melakukan senaman selama 30 minit setiap hari serta mengamalkan pemakanan bahan tersenarai di atas untuk memastikan kesihatan anda terpelihara.

Sumber:  Doctorshealthpress

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial