Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Resepi

Jom Tengok Cara Nak Buat – Resepi Biskut Peanut Butter Old Skool Yang Memang Lejen

Anda nak tahu resepi biskut peanut butter? Bagi siapa yang biasa makan, tahu bahawa memang sedap biskut ni. Sekali makan, pasti nak lagi.

Biskut Peanut Butter amat sesuai dimakan pada bila-bila masa. Jika diletakkan di ruang menonton televisyen anda, memang sekejap sahaja boleh habis.

Kami bawakan di sini khas untuk anda, resepi biskut peanut butter yang sedap. Resepi biskut peanut butter ini dikongsi oleh pemilik fb Surainah Hussin.

Jom kita tengok perkongsiannya melalui penulisan beliau seperti di bawah ini:

Pra Raya.. Kuih Raya Legend. Old School cookies.. Biskut Peanut Butter. Pasti ramai yg rindui.. Jom beli bahan dan buat. Nk sedap pki brand Lady’s Choice. Nk mixed creamy & chucky peanut butter pun OK.

Old School Biskut Peanut Butter

Bahan-bahan

190 gm butter
190 gm gula kastor
2 sudu besar membukit shortening
1 sudu teh essence vanilla
1 biji kuning telur sahaja
190 gm peanut butter

190 gm tepung jagung
270 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Kismis hitam untuk hiasan

Cara Menyediakan Resepi Biskut Peanut Butter

1: Kacaukan butter, shortening, gula kastor hingga kembang menggunakan senduk kayu. Kemudian, masukkan kuning telur dan sambung kacau sebelum memasukkan vanilla essence. Apabila sudah sebati, masukkan peanut butter ke dalam adunan tadi dan terus kacau hingga semuanya rata dan sebati.

2: Ayak tepung jagung bersama baking powder. Masukkan SEMUA tepung jagung. Barulah sikit-sikit masuk tepung gandum. JANGAN dihabiskan semua tepung gandum. Asalkan boleh kepal ok lah. Kalau lembik lagi masuk sikit lagi tepung gandum hingga tak melekat d tangan.

Timbang doh 16-17gm. Barulah dimasukkan ke dalam adunan tadi sedikit demi sedikit hingga membentuk doh.

3: Sapu gris mentega pada bekas acuan dan letakkan kismis hitam pada tengah-tengah acuan. Barulah dimasukkan doh yang digentel bulat. Tekan sehingga padat dan ratakan acuan biar sama paras. Ini untuk memastikan bentuk biskut yang cantik mengikut acuan.


.
4: Panaskan oven 10 minit kemudian barulah biskut peanut butter ini dibakar pada suhu 170C-180C mengikut jenis oven anda dalam tempoh 15-20 minit. Gunakan api atas dan bawah.
.
Apabila sudah masak, keluarkan loyang acuan dan biarkan sejuk baru dikeluarkan biskut peanut butter dan bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.

Sumber: Surainah Hussin via MAHN

Kredit gambar: Surainah Hussin

Tips

Habiskan dahulu tepung jagung baru sedikit sikit masuk tepung gandum. Boleh uli pakai tangan sahaja.

Setelah dibakar, biskut lebih mudah dikeluarkan dengan cara mengetuk-ngetuk belakang acuan.

Hiasan biji kismis boleh juga diletakkan selepas biskut dibakar. Caranya adalah dengan paipkan ditengahnya dengan royal aising dan kemudian diletakkan biji kismis atau hirisan ceri, mengikut citarasa masing-masing.

Trivia Biskut Peanut Butter

Acuan untuk membuat biskut peanut boleh didapati  online dengan harga sekitar RM15 termasuk pos. Ia boleh didapati di sini.

Biskut mentega kacang dan biskut kacang mazola walaupun rasanya hampir sama, cara membuatnya adalah berbeza. Biskut kacang mazola menggunakan minyak jagung.

Harga pasaran biskut peanut butter adalah sekitar RM25 ke RM30 untuk 40-50 biji.

 

 

 

 

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial