Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Resepi

Jom Tengok Cara Nak Buat – Resepi Mee Goreng Sedap

Memang ramai di Malaysia ini yang suka makan mee goreng. Masakan ini dah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia. Rata-rata di seluruh restoran di Malaysia ada menyediakan sajian ini. Kalau boleh buat sendiri bukankah lebih baik lagi. Kami tahu pasti anda juga tercari-cari resepi mee goreng sedap.

Namun nak cari yang betul-betul sedap mungkin tak di semua restoran ada. Ada pelbagai versi mee goreng di Malaysia ini disebabkan kreativiti rakyat Malaysia mencipta dan memperbaharui resepi.

Oleh yang demikian kami kongsikan di sini resepi mee goreng sedap yang dikongsi oleh pemilik akaun fb  Tengku RosElyza Raja Muhammad. Resepi ini dikongsi lebih dua ribu pengguna fb dan rata-rata bersetuju resepi yang dikongsi ini memang benar-benar menghasilkan mee goreng yang sedap.

Jom kita ikuti perkongsian resepi mee goreng sedap seperti di bawah ini.

Ptg niee hakak buat mee goreng campak2 versi hakak za.haa hakak suke mee goreng gelap2 mcm ni, pedas2 .mee nye x lembik sbb hakak x skeee orang msak mee, mee nye lembik mcm laksa tu… Kalau mcm ni berselera nakkkk makan …satu kuali x ckup.. Tapi org lain x tahu lah kan … 😄 haa boleh imaginee takkk 😊😊 jom makan sama!

RESEPI MEE GORENG SEDAP VERSI KAK ZA

Bahan-bahan Yang Diperlukan:

1 bungkus mee (celur dengan air panas dlm bape saat, lepas tu toskan)
1 senduk kecil bawang kisar
1 senduk kecil cili kisar
1 sudu sos tiram (mengikut agakan)
1 sudu sos cili (mengikut agakan)
Kicap kipas udang ( letaklah sebanyak mana yang diingini )
5-6 biji cili api
Daun sup
Sayur kubis, sawi ( dihiris halus )
2 biji Tauhu goreng ( digoreng dan dihiris dadu)
1-2 biji telur
Ayam/ udang
Garam (jika perlu)

Cara Menyediakan

Tumiskan bawang dan cili kisar di dalam sedikit minyak yang telah dipanaskan, sehingga pecah minyak.

Kemudian masukkan ayam dan udang, beserta sos tiram, sos cili dan kicap. Apabila bahan tumisan telah mendidih, bolehlah dimasukkan mee. Gaulkan sehingga rata, dan tambah kicap untuk memekatkannya.

Pastikan tidak ditambah air supaya mee tidak akan menjadi lembik. Pecahkan telur di tepi mee, lalu dikacau dan gaulkan bersama dengan mee tersebut.

Selepas itu, tambahkan sayur-sayur yang disukai, dan masukkan tauhu goreng dan dikacau hingga semuanya sebati.

Jika dirasakan dah cukup sebati bolehlah ditutupkan api. Anggaran tempoh masakan dalam 10 minit.

Boleh ditambahkan air garam ke atas mee tersebut jika dirasakan kurang masin. Gaulkan kembali hingga rata dengan api yang kuat.

Tips

Jika masak hanya setengah bungkus, tak perlu menggunakan bawang kisar. Rasa akan lebih sedap jika menggunakan bawang tumbuk.

Ada kala sesuai juga jika kicap dituang ke atas mee kuning dan digaul hingga rata sebelum memasukkannya ke dalam kuali. Ini akan membuatkan kicap lebih menyerap pada mee dan lebih cepat bergaul sebati semasa digoreng di dalam kuali.

Untuk menambah perisa, bolehlah dihiris limau nipis untuk diperah secara rata ke atas hidangan mee goreng sebelum dimakan.

Kadang kala, mee yang kita beli di kedai mempunyai rasa kapur yang kuat. Ini boleh membuatkan resepi mee goreng kita itu terjejas dan tak dapat mencapai rasa yang kita bayangkan. Untuk hadapi masalah ini, boleh dilakukan seperti di bawah:

Petua / langkah menghilangkan rasa kapur pada mee kuning

1. Basuh mee kuning yang diletakkan di dalam penapis di bawah air paip selama 2 minit.

2. Letakkan 2 sudu gula di atas mee kuning tersebut, gaul-gaulkan gula dengan mee sehingga rasa rata semuanya

3. Basuh semula mee tersebut di bawah air paip sehingga bersih.

Trivia Mee Goreng

Mee goreng di Malaysia dan Singapura dikatakan berasal daripada masakan India. Ada juga yang mengatakan ia berasal dari negara China.

Mengikut selera masing-masing, mee goreng adalah sangat sedap dan sesuai dimakan bersama dengan telur goreng mata kerbau.

Resepi mee goreng juga boleh mencipta beberapa hidangan lain dengan menukar penggunaan jenis mee yang berbeza antaranya mee lidi,  bihun, mee kering dan antara yang paling digemari adalah menggunakan mee maggie.

Gambar: Maggie goreng juga antara kegemaran rakyat Malaysia

Mee goreng mamak cara masakannya sedikit berbeza daripada resepi mee goreng yang kami paparkan disini.

Di Indonesia, mee goreng turut dikenali dengan nama bakmi goreng.

Kredit gambar mee goreng: Tengku RosElyza Raja Muhammad

Sumber

 

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial