Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Resepi

Jom Tengok Cara Nak Buat – Resepi Biskut Aiskrim Vanilla Yang Cair Di Mulut

Biskut aiskrim yang sedap memang semakin trending. Berbentuk aiskrim, biskut berasaskan butter ini amat sedap dimakan dengan rasa gebu yang enak. Ia merupakan salah satu jenis biskut yang popular untuk dihidangkan semasa hari raya. Raya pun sudah semakin menghampiri kita, kami pasti anda juga tercari-cari resepi biskut aiskrim yang terbaik!

Oleh yang demikian tak perlu rasanya kami berlengah lagi. Di bawah ini kami kongsikan resepi biskut aiskrim menarik ciptaan pemilik fb Norliza Bonda. Resepi ini menerima maklumbalas yang baik daripada pengguna-pengguna fb yang lain.

Cer sebut sapa nama anak yang suka mam biskut aiskrim gini.nampak je tak leh sabo2 dah nak makan. Nak resepi biskut aiskrim yang serba mudah ni kena sabar.bonda nk siap kan semua dulu.tq

Resepi Biskut Aiskrim Vanilla

Bahan-bahan

2 cawan butter
1 1/2 cawan gula
1/2 sudu esen vanila
1 1/2 cawan tepung kastard
1 1/2 cawan tepung jagung
3 cawan tepung gandum
2 biji kuning telur
Sedikit perwarna kuning

Cara Menyediakan

 

Pukul butter dan gula hingga sebati dan kemudian masukkan telur serta tambahkan esen vanilla.

Pukul lagi sekejap dan akhirnya masukkan tepung kastad serta tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit.

Jika adunan lembik tambahkan tepung gandum. Uli sampai tepung sudah kelihatan cantik, dan tidak melekat di tangan.

Apabila dah menjadi doh, leperkan dengan roller dan kemudian boleh ditekap dengan acuan bentuk aiskrim seperti di dalam gambar.  Sapukan kuning telur pada bahagian tangkai.

                                                          Kredit Gambar : Norliza Bonda

Panaskan over pada suhu 170 darjah, dan dibakar selama 35 minit.

Sementara dibakar, boleh panaskan coklat masakan menggunakan kaedah ‘double boiler’.

Setelah dibiarkan sejuk sedikit, bolehlah dicelup biskut ke dalam coklat, dan ditabur manik hiasan untuk nampak lebih menarik.

                                                      Kredit Gambar : Norliza Bonda

                                                          Kredit Gambar : Norliza Bonda

Selamat mencuba.doa kan bonda di murah kan rezeki seperti air yang mengalir dan di beri kesihatan yang baik di berkati di dunia dan di akhirat ya.aamiin aamiin aamiin

Tips

Ketika hendak membakar, pastikan loyang telah digris untuk memastikan biskut tidak melekat.

Jika hendak rasa biskut yang lebih sedap, pastikan menggunakan butter yang sebenar, dan bukannya marjerin.

Sumber

 

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial