Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Resepi

Jom Tengok Cara Nak Buat – Resepi Kerepek Tempe Yang Rangup

Kerepek tempe yang rangup memang sangat digemari ramai. Ia mempunyai rasa yang tersendiri jika dibandingkan dengan kerepek-kerepek lain. Nak membuatnya tidaklah susah malah resepi kerepek tempe yang kami kongsikan ini sememangnya sangat simple.

Kerepek tempe menggunakan bahan asas tempe yang berasal dari kacang soya. Tempe dihiris halus dan kemudiannya digoreng. Ada pelbagai jenis perisa kerepek tempe yang terdapat di pasaran. Resepi yang kami kongsikan ini adalah kerepek tempe perisa original.

Resepi ini dikongsikan oleh pemilik fb Eka Zahra dan mempunyai hampir 5000 perkongsian pengguna lain. Resepinya sangat mudah dan sedap. Seperti yang dikatakan Puan Eka Zahra, kalau dah mula memang susah nak berhenti makan.

Alhamdulillah akhirnya berjaya buat kerepek tempe yg nipis rangup krup krap…susah nak berenti makan alahaiii😄

Jangan kita berlengah lagi, jom kita tengok cara nak buat resepi kerepek tempe seperti di bawah:

Resepi Kerepek Tempe

Bahan-bahan

Tempe
Bawang putih
Garam
Serbuk Ketumbar

Cara Menyediakan Resepi Kerepek Tempe

Hiris tempe dengan nipis.

Campurkan air, bawang putih, garam dan serbuk ketumbar.

Celup hirisan tempe ke dalam campuran air tersebut.

Goreng tempe di dalam minyak panas, di bawah api sederhana. Goreng sehingga buih-buih minyak hilang.

Kemudian angkat, dan toskan. Selepas sejuk bolehlah dinikmati!

Tips

Gunakan cutter untuk menghiris tempe kerana hirisan akan jadi lebih nipis dan cantik berbanding menggunakan pisau.

Untuk bagi kerepek wangi, campurkan daun kari semasa menggoreng. Boleh juga digunakan daun limau purut.

Trivia Kerepek Tempe

Tempe berasal daripada Indonesia dan merupakan salah satu sumber protein utama masyarakat di sana. Ia berasal daripada masyarakat Jawa.

Tempe merupakan sejenis makanan sihat yang diiktiraf. Di Indonesia, ada pergerakan bernama Indonesia Tempe Movement yang berusaha untuk mempromosikan tempe sebagai makanan yang sihat.

Tempe mempunyai pelbagai khasiat yang membawa kebaikan kepada tubuh badan manusia. Ia merupakan anti oksidan dan boleh mencegah kanser.

Berikut adalah 6 khasiat kerepek tempe:

  • Mencegah diarheoa
  • Merawat imsomnia
  • Menjaga kesihatan
  • Menurunkan lemak dalam darah
  • Membantu metabolism sel darah merah
  • Mencegah infeksi

Sumber
Kredit Gambar: Eka Zahra

 

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial