Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Resepi

Jom Tengok Cara Nak Buat – 10 Resepi Kuih Talam Pelbagai Jenis Yang Menjadi ‘Favourite’ Anda

Dat colour :D

Kuih talam memang merupakan kegemaran masyarakat di Malaysia. Warna-warnanya yang menarik dan rasanya yang pelbagai menjadikannya terkenal sebagai salah satu juadah yang dinikmati bersama keluarga dan tetamu terutamanya ketika bulan Ramadhan. Ini menjadikan ramai yang tercari-cari resepi kuih talam yang sedap.

Disebabkan itulah, kami berusaha mengumpul resepi-resepi jenis kuih talam yang terkenal dan diketahui ramai kesedapannya. Dapat juga kami mengumpul 10 resepi kuih talam yang mempunyai pelbagai rasa dan rupa.

Menariknya resepi ini tidaklah sesusah yang disangka, namun perlukan masa juga untuk membuatnya!

Resepi-resepi yang kami paparkan di sini dikongsikan oleh beberapa pengguna media sosial fb seperti yang kami nyatakan di bawah. Resepi-resepi ini turut dikongsi oleh ribuan pengguna lain serta turut menerima pujian berikutan kesedapannya.

Jom kita tengok cara nak buat kuih talam:

1 – Resepi Kuih Talam Gula Merah

Perkongsian oleh : Miza Maizatul Akmar


Kredit gambar: Miza Maizatul Akmar

Bahan-bahan

A – Lapisan Bawah

  • 1 mug tepung beras
  • 3/4 mug tepung gandum
  • 3/4 mug gula
  • 1/2 mug santan cair
  • 1 sudu teh air kapur
  • 3/4 mug air gula merah( kalau tak manis boleh tambah lagi)
  • 2 1/2 cawan air
  • 3 sudu makan tepung ubi

B – Lapisan Atas

  • 1 mug tepung beras
  • 3/4 mug tepung gandum
  • 1 mug santan pekat
  • 2 1/2 mug air
  • Garam

Cara Menyediakan:

Campur semua bahan-bahan A untuk lapisan bawah dan kacau hingga sebati.

Kemudian tapiskan adunan. Kacau adunan atas api hingga naik wap. Tuang ke dalam loyang yang telah dlapik plastik.

Campur bahan-bahan B untuk lapisan atas dan kacaukan sehingga sebati. Tapiskan adunan juga dan kacau atas api sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah tadi.

Sebelum itu cakar-cakar dulu lapisan bawah dan kemudian tuang.
Kukus sehingga masak lebih kurang 25 minit.

Sumber

 

2 – Resepi Kuih Talam Koleh Kacang

Perkongsian oleh : Aneka Resepi Kuih Muih

Bahan-bahan

Bahan A

  • 400gm gula merah
  • 100gm gula pasir
  • 300ml air
  • 2 helai daun pandan
  • *Masak semua ini hingga larut dan kemudian tapis.

Bahan B

  • 300gm tepung kacang hijau (brand Baba’s paling baik sebab halus)
  • 1 sudu kecil garam

Bahan C

  • 400 ml santan
  • 1300ml air

Cara Menyediakan

Perah santan daripada kelapa parut untuk kesedapan maksima. Elakkan menggunakan santan kotak atau santan daripada hypermarket.

Gabungkan semua ke dalam satu kuali, kacau atas api sederhana selama 25 minit. Insya Allah 25 minit akan masak dengan cantik, oleh itu amat digalakkan gunakan timer.

Selepas 10 minit di atas api masukkan 1 sudu minyak daripada tahi minyak yang telah siap digoreng (rujuk di bawah cara membuatnya), dan kacau lagi tanpa henti.

Tuangkan adunan ke dalam acuan 10×10 yang telah siap dilapik plastik.
Sejukkan. Setelah itu boleh ditabur tahi minyak secara rata, dan bolehlah dipotong.

Cara buat tahi minyak

  • Santan segar 1 kg
  • Sedikit garam.
  • Masak dalam kuali non stick sehingga kering.
  • Tahinya untuk kole kacang, manakala minyaknya boleh digunakan untuk goreng sayur. Berkhasiat.

3 – Resepi Kuih Talam Puding Cendol

Perkongsian oleh : Aneka Resepi Kuih Muih

Bahan-bahan

  • 30 gm agar tali
  • 120 gm gula merah
  • 200 gm gula pasir
  • 500 ml santan agak pekat
  • 1200 ml air
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 cawan cendol
  • 2 helai daun pandan

Cara Menyediakan

Rendam dahulu agar-agar dan kemudian masak dengan air ditambahkan daun pandan bagi larut. Masukkan gula putih, santan dan garam. Masakkan sekejap namun JANGAN bagi didih. Bahagikan 2 adunan.

Satu bahagian ditapis dan campurkan dengan cendol. Bahagian lain pula campurkan gula merah.

Tuangkan adunan cendol ke dalam loyang yang siap dilapik plastic dan kemudian bekukan.

Goreskan dengan garpu lapisan bawah itu dan kemudian tuangkan adunan gula merah dan kemudian bekukan. Terbalikkan sebelum dipotong mengikut saiz kegemaran.

4 – Resepi Kuih Talam Seri Muka Durian

Perkongsian oleh : Aneka Resepi Kuih Muih

Bahan-bahan

Lapisan bawah

  • 450gm beras pulut rendam 2 jam
  • 450ml santan (perah dari kelapa segar untuk kesedapan maksima)
  • 1 sudu garam

Cara Menyediakan

Toskan beras pulut yang direndam kemudian masak / tanak di atas dapur dengan santan sehingga kering-kering basah (bukan kering terus)

Masukkan beras ke dalam loyang yang dilapik plastik. Boleh gunakan plastik 14×14 untuk loyang 10×10. Ratakan.

Kukus selama 15minit menggunakan api besar.

Lapisan Atas

Bahan-bahan

  • 160 gm gula pasir
  • 50 gm gula perang
  • 50 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung kastad
  • 50 gm tepung beras
  • 200 gm isi durian
  • 600 ml santan
  • 3 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara Menyediakan

Masukkan semuanya ke dalam blender dan kisar. Kemudian letakkan adunan di dalam periuk dan panaskan di atas api selama 2 atau 3 minit.

Tuang atas pulut (lapisan bawah) dengan perlahan dan secara rendah supaya adunan tidak berbuih. Kukus selama 20 minit.

Kredit Resepi: Suhaila Ishak

5 – Resepi Kuih Talam Ubi Kayu

Perkongsian oleh : Aneka Resepi Kuih Muih

Lapisan bawah – Kuning

Bahan-bahan

  • 800gm ubi kayu yang siap di parut
  • 250gm gula pasir
  • 300 gm santan pekat
  • Sedikit garam
  • 20gm tepung gandum

Atau

Lapisan bawah – Gula Merah

Bahan-bahan

  • 800gm ubi yang siap di parut
  • 200gm santan pekat
  • *100ml air
  • *100gm gula pasir
  • *150gm gula merah
  • Sedikit garam
  • Daun pandan
  • 20gm tepung gandum

*Masak jadikan sirap

Cara Menyediakan

Campurkan semua bahan sama ada kuning, atau gula merah ke dalam loyang 10×10 yang telah dilapik plastic. Kukuskan selama 20 minit

Lapisan Atas

Bahan-bahan

  • 300ml santan
  • 500ml air
  • 100gm tepung beras
  • 20 gm tepung jagung
  • 1 sudu kecil garam

Cara Menyediakan

Masak hingga naik wap. Tuangkan ke atas ubi yang dikukus tadi. Kukus lagi selama 20 minit hingga masak.

6 – Resepi Kuih Talam Keladi

Perkongsian oleh : Aneka Resepi Kuih Muih

Lapisan Bawah

Bahan-bahan

Bahan A

  • 200 gm tepung beras
  • 20 gm tepung ubi
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 300 ml santan pekat
  • 700 ml air

Bahan B

  • 200 gm keladi. Buang kulit, potong dadu kecil dan kukus dan timbang

Cara Menyediakan

Bancuh semua bahan A hingga rata dan tapis ke dalam periuk. Panaskan di atas api selama 2-3 minit.

Masukkan bahan B. Kemudian curahkan ke dalam loyang 10×10 yang diletakkan plastik. (letakkan sedikit minyak dan lapikkan plastic 14×14, menjadikan plastic melekat dengan cantik)

Kukus selama 25 minit.

Lapisan Atas

Bahan-bahan

  • 100 gm tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 250 gm gula halus
  • 4 biji telur grade A
  • 200 ml santan pekat
  • 400 ml air
  • Sedikit pewarna unggu
  • 1/2 sudu garam

Cara Menyediakan

Satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau di atas api selama 2-3minit sebelum dituangkan ke atas lapisan bawah.

Jika ada air di atas lapisan bawah, lapkan terlebih dahulu dengan tisu dapur.

Kemudian goreskan permukaan bawah dengan garpu dan bolehlah dituan perlahan-lahan agar adunan tidak berbuih. Kukus selama 30 minit.

Resepi ini cukup-cukup dan sedang elok dengan loyang 10×10 itu. Jika kalau nak jual harganya adalah rm35 ke rm40.

7 – Resepi Kuih Talam Pandan

Perkongsian oleh : Aneka Resepi Kuih Muih

Lapisan bawah

Bahan-bahan

  • 160 gm tpg beras
  • 60 gm tpg kcang hijau
  • 250 gm gula pasir
  • 500 ml santan cair
  • 600 ml air daun pandan (15 helai)
  • 1 sudu air kapur
  • Sedikit saja pewarna hijau

Cara Menyediakan

Satukan semua bahan di atas, dan kacau sehingga gula larut. Tapiskan adunan dan kacau lagi di atas api sehingga naik wap. Tuangkan adunan ke dalam loyang 10×10 yang telah dilapik plastik. Kukuskan selama 20 minit.

Lapisan atas

Bahan-bahan

  • 800 ml santan agak pekat
  • 100 gm tepung beras
  • 20 gm tepung jagung
  • 1 sudu garam

Cara Menyediakan

Satukan semua bahan di atas dan tapiskan. Kacau sekejap di atas api sehingga naik wap. Kemudian tuankan adunan ke atas lapisan bawah. Goreskan lapisan bawah terlebih dahulu untuk memastikan ia lekat dengan baik. Pastikan juga tiada wap air atau jika ada boleh dilapkan dahulu.

Kukus selama 15 minit hingga masak.

Pastikan betul sejuk dulu baru potong.

8 – Resepi Kuih Talam Seri Muka

Perkongsian oleh : Aneka Resepi Kuih Muih

Lapisan bawah

Bahan-bahan

  • 2 1/2 cawan beras pulut, rendam 2-3 jam
  • 2 1/2 cawan santan agak pekat
  • 1 sd garam

Toskan pulut, kemudian campurkan santan dan garam. Masak sebentar di atas api supaya santan sedikit kering. Ratakan di dalam loyang 10×10 yang telah dilapikkan plastik. Kemudian, kukuskan selama 15 minit.

Lapisan atas

Bahan-bahan

  • 250 gm gula pasir
  • 50 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung kastad
  • 1 sd tepung beras
  • 300 ml santan pekat
  • 200 ml air daun pandan
  • 4 biji telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna hijau

Cara Menyediakan

Campurkan semua, kemudian kacau sehingga gula hancur. Tapiskan adunan. Kacau lagi sekejap di atas api hingga naik wap, namun jangan sampai pekat. Tuangkan adunan secara perlahan-lahan ke atas lapisan bawah.

Kukus lagi 20 minit dan kemudian, tunggu betul-betul sejuk barulah dikeluarkan daripada loyang dan dipotong.

Sumber

9 – Resepi Kuih Talam Vanilla Coklat

Perkongsian oleh: Zakiah Said

Lapisan Bawah

Bahan-bahan

  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 biji telur-pukul sikit
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • secubit garam

Cara Menyediakan

Satukan kesemua jenis tepung dalam mangkuk.

Masukkan sedikit garam, gula, telur dan santan.

Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dlm periuk dan masak diatas api sederhana sehingga naik wap. Sentiasalah di kacau guna whisk supaya tak berketul-ketul.

Alaskan loyang dengan plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.

** Setiap 10 minit, buka penutup kukus dan lapkan air yg terdapat di penutup kukus. Tutup semula dan kukus lagi selama 10 minit.(utk mengelakkan air bertakung di permukaan kuih.)

Lapisan Atas

Bahan-bahan

  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • secubit garam
  • 1 sudu besar serbuk koko- bancuh dngn 4 sudu besar air suam
  • 1 sudu kecil coklat emulco

Cara Menyediakan

Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk kecuali coklat emulco dan serbuk koko.. Gaul sebati, nak mudah blend kesemuanya.

Masukkan adunan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.

Cakar-cakarkan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan coklat ke atas lapisan vanilla tadi dan kukus selama 20 minit.

Kukus 10 minit dan buka penutup kukus, lapkan air yang terdapat pada penutup kukus dan kukus lagi selama 10 minit. (jumlahnya 20 minit juga kan.)

Sumber

10 – Resepi Kuih Talam Tokyo

Perkongsian oleh: Siti Fatimah

Lapisan Bawah

Bahan-bahan

  • 1 cawan sagu rendam sekejap
  • 1 paket kecil suun (pun rendam jugak dan gunting sikit)
  • 1 cawan kelapa putih
  • 1 kotak kecil santan Kara
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 sudu besar garam (bahagian bawah ini perlu masin sedikit)

*Gaul semua

Lapisan Atas

Bahan-bahan

  • 20 ke 25 helai daun pandan blender dengan 2 1/2 cawan santan dan perah atau tapis
  • (2 kotak kecil santan Kara tambah air 1 cawan)
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 6 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu tepung jagung
  • 1 sudu tepung kastard

Blend lagi sekali. Kukus lapisan bawah dulu dalam 10 ke 15 minit, selepas tu baru yang atas. Berapa lama tu ikut jenis kukus masing-masing. Kalau tebal, perlu lama sedikit.

Sumber

Tips

Kuih kukus ni kena tunggu sejuk betul baru keluarkan dari loyang. Kalau tak nanti dia pecah.

Loyang tu lumur sedikit minyak dan kemudian lapikkan plastik. Supaya senang nak keluarkan nanti.

Sekiranya terdapat sedikit air di permukaan kuih, sengetkan loyang sedikit dan buangkan air yg terdapat di permukaan kuih. Gunakan sudu atau lapkan guna kitchen towel.

Sejukkan kuih, kuih ni hendaklah betul-betul sejuk barulah cantik bila di potong.

Gunakan pisau plastik untuk memotong apa2 jenis kuih talam atau kuih lapis supaya cantik.

13 Comments

  1. zainab

    pls send resipi talam kt emel sy
    terima kasih

  2. misidah

    mohon share ilmu. tkasih

  3. Azilla Suratman

    Potong pakai cutter apa ya.. Yg dlm loyang atau memang cutter khas?

  4. Azizah binti Nik

    Mohon shared resepi

  5. Siti Zaleha

    Assalam. Bagus sgt..minta tolong hantar resipi pd emel saya.. tkasih

  6. Tasha

    Boleh email kn resepi talam ni ke email saya.

  7. latifah

    Semoga dirahmati Allah swt dan dimurahkan rezeki atas perkongsian ini..aamiinn

  8. Zainah Ismail

    Oleh hantar resepi ke email saya

  9. Pengkomen juga

    Kenapa pengkomen2 di atas ini pemalas sangat. Orang dah kongsi resipi percuma pun disuruhnya hantar resipi ini ke alamat e-mel mereka.

  10. Jazliha Jais

    Blh share resepi ke wasaap saya tel no 0122185051

  11. Rosminah Ahmad

    Mohon share. T. Kasih

  12. Aishah hassan

    Saya Minta share yer…terima kasih byk2. Semoga Allah SWT murahkan lg rezeki sis dan keluarga. Aamiin

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial