Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Resepi

Jom Tengok Cara Nak Buat – 6 Resepi Pes Pelbagai Jenis Yang Memudahkan

Pes masakan sememangnya memudahkan kerja memasak, tambahan pula ia boleh disimpan untuk kegunaan akan datang. PP kongsikan disini 6 Resepi Pes Pelbagai Jenis yang akan memudahkan anda. Lain kali nak masak, boleh gunakan pes yang telah siap disediakan, pasti cepat!

Macam macam perencah ada. Nasi goreng ikan bilis, sambal tumis/asam pedas, kari ikan, pes ikan bakar dan sos black pepper.

Resepi Pes Ikan Bakar

1. Blend cabai kering, bawang besar, bwg merah dan bawang putih, serai yg dihiris nipis-nipis, sedikit belacan dan kunyit hidup sehingga halus.
2. Panaskan kuali dan tumis bahan blendar dgn sedikit minyak.
3. Masukkan gula dan perahan air asam jawa. Masak sehingga naik minyak.
4. Masukkan garam dan hirisan daun kunyit. Kacau sebati dan tutup api.

Resepi Pes Sambal Tumis

1. Blend cili kering, bawang besar, bwg merah, bawang putih dan belacan.
2. Tumis dlm minyak panas. Masukkan gula melaka/gula putih dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
3. Masukkan garam/perisa. Tutup api.

Resepi Pes Gulai Ikan

1. Tumis bawang merah dan bawang putih yg dihiris halus bersama daun kari dan halba campur sehingga kekuningan.
2. Masukkan bahan blendar- rempah kari ikan, bawang besar, bawang merah, bawang putih dan sedikit cili kering.
3. Masukkan perahan air asam jawa dan garam. Kacau sebati. Masak sehingga naik minyak. Tutup api.

(Semasa gunakan pes cuma tambahkan santan, ikan dan bendi/terung/timun dan sebagainya.

Resepi Kuah Black Pepper

1. Rebus bawang besar dan kentang sehingga lembut. Bila sejuk, blend sehingga halus menggunakan air rebusan tersebut.
2. Panaskan kuali dan leburkan sedikit butter.
3. Masukkan kentang dan bawang yang diblendar
4. Masukkan sos black pepper, sos tiram dan kicap.

5. Tambahkan sedikit serbuk lada putih, gula dan garam
6. Sedikit tepung jagung yg dibancuh dgn air utk memekatkan kuah
7. Masak hingga pekat dan naik bau.
(Boleh dimakan bersama fries, ayam goreng dan lain-lain)

Resepi Pes Nasi Goreng Ikan Bilis

1.Blend ikan bilis yg dibuang tulang, bawang merah, bawang putih dan segenggam cili padi.
2. Tumis semua bahan sehingga naik minyak.
3. Masukkan kiub ikan bilis. Kacau sebati sehingga agak pekat/kering. Tutup api.

(Semasa menggoreng nasi boleh tambah fish ball, udang, sotong, isi ayam, sayur-sayuran dsbnya.

Resepi Pes Asam Pedas Tumis

1. Blend cili kering, bawang besar, bwg merah, bawang putih, kunyit hidup, sebiji tomato dibuang biji dan sedikit belacan.
2. Tumis dalam minyak panas.
3. Masukkan serai yg diketuk, gula dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan garam/perisa.

(Semasa menggunakan pes, tambah air, masukkan daun kesum dan ikan. Juga kacang bendi/timun. Tunggu didih. Tutup api.)

Selamat mencuba

Kredit resepi : Sapina Shahabudin‎

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial