Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Resepi

Jom Tengok Cara Nak Buat – Resepi Nasi Ayam Hainan

Memang banyak resepi nasi ayam di luar sana, dan terdiri daripada pelbagai jenis. Untuk pos kali ini, PP akan memaparkan resepi nasi ayam hainan yang sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Resepi ini dikongsikan oleh saudara Wan Muhammad Hafiz Satar di FB, dan ia mendapat lebih 8000 perkongsian oleh pengguna-pengguna fb. Jom kita tengok macam mana nak buat nasi ayam hainan yang menggiurkan ini..

Petang tadi memenuhi permintaan wife Suraya Naquiyah Arifin nak makan Nasi Ayam Hainan. Resepi ni saya belajar dari seorang Auntie Cina satu ketika masa muda² dulu. Sampai skrg saya masih simpan resepinya, memang sedap dan bagi yang nak resepi ala² Chiken Rice Shop ni bleh tengok kat bawah👇. Saya Halalkan untuk share.

Resepi Nasi Ayam Hainan

Bahan-bahan

Nasi

1 kg beras wangi (Beras biasa juga boleh digunakan, atau dicampurkan)
2 inci Halia
6 ulas bawang putih
2 sudu marjerin
4 sudu minyak masak

Sup dan Ayam

1 ekor ayam
1 biji bawang Holland
6 ulas bawang putih
2 inci halia
4 liter air.

Sambal lada

2 biji cili padi (boleh dilebihkan jika mahu lebih pedas)
6 biji cili merah
2 inc halia muda
4 ulas bawang putih
cuka/perahan limau nipis
daun ketumbar

Cara Menyediakan

Menyediakan Nasi Ayam

Kisarkan halia, bawang putih & minyak masak, tumis sekali dengan marjerin sehingga menjadi warna kekuningan.

Masukan beras yang telah dibasuh dan ditoskan, goreng seketika sampai sebati dengan bahan tumis. Matikan api dan masukkan ke dalam periuk nasi dan tanak dengan air sup rebusan ayam, masukkan 2 sudu minyak bijan.

Untuk menjadikan nasi itu lebih sedap, gunakan air sup yang telah siap diperasakan dengan gula dan garam, iaitu sup yang sudah siap dimasak. Sukat air seperti tanak nasi biasa, dan apabila air hendak kering, kacau perlahan-lahan sehingga sebati.

Menyediakan Sup 

Cuci ayam bersih² dan kemudian sumbatkan ke dalam perut ayam dengan dua batang daun bawang beserta dengan akar.

Panaskan 4 liter air masukan bawang putih (belah dua), halia, bawang holland (mayam), garam dan sedikit serbuk perasa (kalau suka). Bila sup dan mengelegak masukan ayam, perlahankan api dan tutup. Biarkan selama 20 minit sampai ayam masak.

Sup ni kita akan gunakan untuk tanak nasi juga.

Menyediakan Ayam

Toskan ayam, campurkan 4 sudu besar sos tiram, 1 sudu biji lada hitam ditumbuk. Lumur keseluruhan ayam bersama 2 sudu minyak bijan.

Jika mengikut cara hainan, mereka akan sapukan ayam dengan Maltose (seperti madu cuma lebih likat dan perlu dicampur air). Maltose diperbuat daripada gula gandum dan akan menjadikan ayam nampak cantik berkilat seperti Chicken Rice Shop. Jika terlalu sukar untuk mendapatkan maltose, boleh menggunakan apa yang ada. Sesudah disapu, boleh lah digoreng atau di bakar.

Menyediakan Sambal

Blend cili merah, cili padi, bawang putih, halia muda, jus limau/perahan limau atau cuka (mana² pun boleh ikut selera masing²), gula dan garam serta sedikit air masak. Taburkan daun ketumbar.

Tips Menyediakan

*** saya tak buat kicap sebab kat rumah ni suka makan mcm tu je tapi kalau hainan style dia pakai kicap masin campurkan sket dgn sup. kalau style melayu dia pakai kicap pekat manis campur sos tiram sket, lada hitam dan sup dan nak bagi pekat bleh tambah 1 sudu tepung jagung.

Trivia Resepi Nasi Ayam Hainan

Nasi ayam Hainan dikatakan berasal dari orang Cina seberang laut bersuku Hainan, yang berada di dalam kawasan Nanyang.

Dalam satu variasi yang lain, ayam dicelup dalam ais setelah dimasak untuk menghasilkan kulit selicin jeli, iaitu Báijī (白鸡) atau “ayam putih”, berbanding dengan Lǔjī (卤鸡, “ayam pati”) yang lebih tradisional, juga dikenali sebagai Shāojī (烧鸡) atau “ayam panggang”

Kebanyakan hidangan nasi ayam ini disajikan dengan hirisan timun, iaitu bayangan bagi citarasa orang Cina yang gemar kepelbagaian untuk sajian yang lebih lengkap.

Sumber

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial