Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Resepi

Cara Nak Buat Resepi Ikan Percik Ala Kelantan

Untuk yang biasa atau pernah melawat ke negeri Kelantan, pasti tahu akan kelazatan masakan ayam atau ikan percik di negeri Che Siti Wan Kembang itu. Rasa lemak di tambah dengan kesegaran ikan bakar menjadikan ia juadah yang tidak dapat dilupakan ketika singgah di negeri itu. Resepi ikan percik ini akan membolehkan anda menikmati ikan percik tanpa perlu ‘travel’ jauh-jauh!

Untuk pos kali ini PP membawakan resepi ikan percik ala Kelantan, yang dikongsikan oleh Hajah Zainab bt Mawan. Resepi ini telah disimpan olehnya selama 33 tahun! Jom kita tengok cara nak buat ikan percik ala kelantan.

Resepi Ikan Percik Ala Kelantan

Bahan-bahan

  • 5 ekor ikan kembung (bersihkan,kelar dan bakar)
  • Kalau pakai ikan sungai, boleh gunakan talapia
  • *10 tangkai cili kering rendam bagi lembut
  • *1 biji bwng besar
  • *1 inci halia
  • *sedikit belacan (jika tidak mahu letak pun tak apa )
  • 1/2 inchi kunyit hidup @ serbuk kunyit pun boleh .
  • 2 batang serai ( titikan saja )
  • Santan dr sebiji kelapa
  • 2 keping asam keping
  • Garam n perasa
  • 1@2 sudu gula Pasir
  • Sedikit tepung beras untuk memekatkan kuah .

Cara menyediakan

Kisar bahan bertanda *

Masukkan santan dalam periuk

Masukkan bahan kisaran

Masukkan serai dan asam keping

Masukkan garam ,perasa dan gula

Didihkan dia atas dapur sehingga pekat masukan sedikit tepung beras yang dibancuh dengan air terlebih dahulu untuk memekatkan lagi kuah tersebut.

Apabila sudah siap, curahkan atas ikan yg sudah siap dibakar. Kemudian jika hendak bakar semula pun boleh, mengikut kesukaan masing-masing.

Hendak masukkan dalam periuk tu sekali pun boleh, supaya ikan tu mesra bersama kuah.

Kredit resepi dan gambar: Hajah Zainab bt Mawan

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial