Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Resepi

Cara Nak Buat – Resepi Vadai @ Masala Vadai

Vadai adalah sejenis makanan yang berasal daripada India Selatan. Terdapat dua jenis Vadai iaitu Masala Vadai yang berasaskan dal dan kentang, serta Ulundu Vadai yang berasaskan tepung beras. Kali ini kami membawakan untuk pembaca PP, resepi Masala Vadai yang mudah. Resepi vadai ini dikongsikan oleh saudari Eita Emi.

Resepi Vadai @ masala vadai

Bahan-bahan

  • kacang dal
  • bawang 1 biji potong dadu
  • jintan manis 1 sudu besar
  • cili kering potong kecil-kecil
  • daun kari 3 tangkai

Cara Menyediakan

Rendam kacang dal 3 jam

Selepas itu kisar halus kesemuanya. Tinggalkan segenggam sahaja yang tidak dikisar untuk dicampurkan sekali dengan yang telah dikisar. Semasa dikisar pastikan air tidak terlalu banyak.

Toskan airnya dan selepas itu boleh gaulkan sebati semua bahan-bahan. Tambahkan rasa dengan garam, gula dan sedikit ajinamoto (pilihan masing-masing)

Selepas 1 jam, baru boleh digoreng adunan tersebut.

Kredit resepi dan gambar: Eita Emi

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial