Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Resepi

Cara Nak Buat Resepi Kuih Cucur Sukatan Cawan

Kuih cucur atau ada yang menggelarnya kuih cucur jawa atau kuih cucur topi sememangnya hidangan yang sangat sedap dimakan. Bentuknya unik dan cantik, umpama topi. Resepi kuih cucur yang PP bawakan ini dikongsikan oleh saudari SuiSan Aliezsha dan mendapat ribuan perkongsian di media sosial.

resepi mmg ikot resepi arwah mak sy..alhamdulillah kejadiannya cantik,bersarang brbunga & bertopi..

Resepi Kuih Cucur

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan air masak
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/1 cawan gula merah
  • secubit garam

Cara Menyediakan

Larutkan gula merah di dalam 2 cawan air masak. Letakkan di tepi.

Kemudian satukan tepung gandum, tepung beras, gula pasir dan garam. Gaulkan sehingga sebati.

Selepas itu bancuh adunan bersama dengan larutan air gula itu. Perap selama 1 jam barulah digoreng.

Ketika menggoreng, gunakan api yang kecil.

Nota: Adalah lebih baik jika adunan diperap 1 hari sebelum digoreng. Keluarkan adunan 1 jam sebelum menggoreng.

Kredit resepi dan gambar: SuiSan Aliezsha

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial