Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Resepi

Cara Nak Buat Resepi Aiskrim Milo Yang Mudah dan Gebu

Resepi aiskrim milo yang menarik. Musim cuti sekolah sememangnya sangat dinantikan oleh anak-anak. Oleh yang demikian, semasa mereka sedang cuti ini anda perlu manfaatkan waktu hujung minggu bersama anak-anak agar diri mereka rasa sentiasa disayangi.

Anda juga perlu menjadi ibu bapa yang kreatif dalam merancang aktiviti-aktiviti menarik untuk mereka. Tidak kira apa saja aktiviti asalkan ia dimanfaatkan bersama-sama.

Jadi, pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan. Antaranya adalah dengan membuat makanan kegemaran mereka, dan dengan mereka berada di rumah, anda boleh mengajak mereka menolong sekali di dapur!

Kali ini PP membawakan resepi aiskrim milo yang dikongsikan oleh saudari Azarimah Ismail yang pasti buatkan anak anda tak berhenti memakannya!

Resepi Aiskrim Milo

Bahan-bahan

  • 1 tin susu cair*
  • 2 sudu besar susu pekat *
  • 1 penutup esen vanila*
  • 1 sudu besar ovalet*
  • 1 sachet Milo

Cara Menyediakan

Letakkan semua bahan ke dalam mesin pengisar / mixer.

Kisarkan semua bahan selama 5 minit.

Letakkan adunan ke dalam tupperware plastik atau bekas aiskrim.

Bekukan semalaman.

Nota: Bahan bertanda * adalah base untuk aiskrim vanila. Boleh letakkan perasa lain yang digemari seperti sebuk koko, buah strawberi, oreo, sirap atau coklat. Boleh juga ditabur serbuk kacang, beras coklat atau apa-apa tambahan yang digemari.

Sangat sesuai dibuat semasa cuti sekolah ini pasti anak-anak gembira.

Kredit resepi dan gambar: Azarimah Ismail

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial