Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Resepi

Cara Nak Buat Resepi Ayam Masak Kari Kering Yang Simple

Kebiasaan yang kita dengar adalah hidangan ayam masak kari. Namun hidangan kali ini adalah sedikit berbeza yang mana karinya tidak berkuah seperti biasa. PP membawakan untuk para pembaca kali ini resepi ayam masak kari kering.

Ayam masak kari kering ini sangat sedap dinikmati bersama nasi, kicap dan sambal belacan. Memang tak berhenti makan nasi! Resepi ayam masak kari kering ini dikongsikan oleh saudari Asmida Asman.

Jom kita tengok macam mana nak buat resepi ayam yang lazat ini.

Resepi Ayam Masak Kari Kering

Bahan-bahan

  • Segenggam cili padi*
  • 2 biji lada besar*
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • Sedikit halia dan lengkuas*
  • 2 batang serai diketuk
  • Serbuk kari ikan
  • Serbuk kunyit
  • Air asam jawa
  • Ayam

Cara Menyediakan

Tumbuk @ kisarkan bahan-bahan yang bertanda * di atas. Letakkan ke tepi.

Kemudian gorengkan ayam terlebih dahulu bersama-sama dengan garam dan kunyit. Letakkan ke tepi.

Tumiskan serai yang telah ditumbuk tadi sehingga wangi. Kemudian, masukkan bahan-bahan bertanda * yang telah siap ditumbuk @ kisar tadi.

Tumis sehingga agak garing, dan kemudian masukkan serbuk kari ikan.

Gaulkan bahan-bahan sehingga sebati. Kemudian, perasakan mengikut citarasa masing-masing dengan garam, gula dan ajinomoto (pilihan).

Masukkan ayam tadi dan kemudian campurkan air asam jawa. Gaul mesra sehingga sebati. Siap!

Trivia

Istilah “curry” dalam bahasa Inggeris berasal daripada perkataan bahasa Tamil yang merujuk kepada mana-mana satu hidangan sampingan yang dimakan bersama-sama dengan nasi.

Daun kari yang dikenali dalam bahasa Tamil sebagai ‘karuvapillai’ (secara harfiahnya bermaksud “daun hitam”) digunakan dalam berbagai-bagai hidangan umum di India Selatan yang diperbuat daripada sayur-sayuran atau daging. Kebiasaannya, ia dimakan dengan nasi.

Kredit resepi dan gambar: Asmida Asman

 

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial