Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Resepi

Cara Nak Buat Resepi Tauhu Begedil Sedap Yang Viral

Baru-baru ini telah viral di media sosial dengan masakan tauhu begedil yang lazat dan mengiurkan. Masakan tauhu begedil ini adalah gabungan masakan masyarakat Cina dan Jawa dan diinovasikan dengan menyumbat bergedil daging ke dalam tauhu kering. Resepi tauhu begedil viral yang PP bawakan kali ini dikongsikan oleh saudari Siti Misyati.

Resepi yang dikongsikan beliau ini telah mendapat lebih 40,000 perkongsian di media sosial. Hasilnya memang sedap dan menusuk kalbu. Ramai yang telah cuba buat dan amat gembira dengan hasilnya. Tak kurang juga yang menjana kewangan hasil dari jualan masakan ini.

Ia kini menjadi antara hidangan pilihan netizen kerana sesuai untuk dinikmati bersama seisi keluarga.

Jom kita tengok cara nak buat resepi tauhu begedil yang viral ini.

Resepi tauhu begedil

Bahan-bahan

Bahan untuk inti (utk 100 biji)

  • Bawang holand 3 biji (potong dadu)
  • Daging kisar 2 keping
  • Daun sup (cincang)
  • Lada sulah & lada hitam
  • Garam & perasa

Cara Menyediakan

Tumiskan semua bahan diatas hingga daging masak. Kemudian biarkan untuk sejuk seketika.

Rebus kentang (2kg) sehingga empuk, tambah sedikit garam dan lenyek.

Satukan daging yg telah ditumis bersama kentang yg telah dilenyek.

Bulat-bulatkan inti ini supaya senang nk sumbat dalam tauhu.

Untuk mudahkan proses nak buat bulat-bulat ini, simpan dulu kentang yg telah dilenyek tadi dlm peti sejuk (bukan tempat sejuk beku) sebab kentang akan jadi lebih pejal sedikit. Masa goreng nanti dia jadi lembut balik.

Tauhu yang telah disumbat dengan inti. Kemudian golek-golekkan tauhu kedalam bancuhan telur dan sedikit garam. Kemudian goreng hingga berwarna perang.

Cara Menyediakan Sambal Kicap

Goreng cili, bawang merah dan bawang putih. Goreng dgn minyak sedikit hingga layu (pastikan tutup kuali semasa menggoreng, sbb cili akan meletup-letup)

Kisar bahan diatas bersama kicap lemak manis, ditambahkan gula dan sedikit garam beserta minyak gorengan tadi.

Siap!

Tips

Untuk 2 atau 3 kilogram kentang, gunakan sepeket daging kisar tersebut (400gram).

Jika tidak mahu kentang serap terlalu banyak air, boleh direbus bersama dengan kulit. Setelah empuk, toskan airnya dan buangkan kulit.

Tauhu jenis ini boleh beli di kedai-kedai jualan basah dan pasar. Hanya perlu cakap hendak beli tahu kering. Kebiasaannya orang guna untuk masak mee kari.

Isi dalam tauhu tidak perlu dibuang terlebih dahulu kerana tauhu kering adalah jenis tauhu yang berongga di dalamnya.

Tauhu tak perlu digoreng terlebih dahulu. Sumbatkan inti kemudian baru dicelup telur dan garam dan goreng hingga perang.

Trivia

Tauhu begedil ini boleh dijual pada harga RM1 sebiji, atau RM8 untuk 10 biji (beli lebih banyak lebih murah), namun bergantung kepada tempat dan harga pasaran semasa.

Kredit resepi dan gambar: Siti Misyati

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial