Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Uncategorized

Resepi Puding Karamel Tanpa Telur Dan Tak Perlu Kukus Sukatan Cawan

Puding karamel memang menjadi kegemaran ramai orang. Namun tak semua orang boleh makan puding ini kerana tidak tahan dengan hanyir daripada telur. Oleh yang demikian kali ini PP bawakan resepi puding karamel yang tidak menggunakan telur. Tambahan lagi, resepi ini tidak memerlukan puding ini untuk dikukus.

Yang tidak suka makan pun pasti akan sukakan puding karamel versi tanpa telur ini. Anak-anak anda pasti sangat menggemarinya.

Bayangkan betapa nikmatnya makan puding karamel yang sejuk semasa cuaca sedang panas. Sedap!

Resepi puding karamel ini dikongsikan oleh saudari Mimiey Zuhaa. Resepi ini menggunakan sukatan cawan jadi ia memudahkan anda untuk membuatnya. Tekstur yang lembut dan hasil akhir yang bersinar-sinar pasti membuatkan anda teruja.

Jom tengok cara nak buat puding karamel yang sedap ini!

Resepi Puding Karamel

Bahan-bahan

Bahan gula caramel

  • ¼ cawan gula
  • 3 sudu besar air

Bahan puding

  • 1 paket agar-agar(10 gram)
  • 4 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • ½ cawan susu pekat
  • ¾ cawan gula(nak manis lagi letak 1 cawan)
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara Menyediakan

Panaskan gula dan air didalam loyang dengan api perlahan sehingga gula keperangan dan kacau hingga rata. Ketepikan dulu.

Satukan kesemua bahan untuk puding didalam periuk dengan api perlahan.

Biarkan ia larut dan tidak berketul.

Setelah adunan sedikit pekat boleh tutupkan api.

Tapis adunan terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam loyang berisi caramel tadi.

Selepas dituangkan ke dalam loyang, boleh masukkan ke dalam peti air dan biarkan selama 2 hingga 3 jam atau adunan puding menjadi betul-betul keras.

Setelah adunan mengeras, barulah puding boleh dipotong. Hidang dan makan sejuk-sejuk pasti sedap!

Sesuai untuk dihidangkan bila tetamu datang.

Selepas dipotong teksturnya seperti ini

Tips

Untuk resepi ini, empunya menggunakan agar-agar jenis tali.

Boleh tambahkan pewarna kuning sedikit untuk menaikkan warna puding.

Gula dan air perlu dimasukkan serentak dalam loyang untuk mengelakkan gula jadi hangus dan menjadi pahit.

Trivia

Creme brulee mempunyai ciri-ciri yang sama seperti puding karamel namun ia mempunyai lapisan nipis gula di atasnya.

Hidangan puding karamel ini dikatakan diperkenalkan di negara kita oleh golongan Portugis pada zaman 1500-an.

Hidangan puding karamel ini mempunyai pelbagai variasi di negara-negara lain. Di Vietnam misalnya, puding karamel dihidang dengan tuangan kopi o di atasnya.

Kredit resepi dan gambar: Mimiey Zuhaa

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial