Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Resepi

Cara Nak Buat Resepi Sup Tulang Berempah Tak Boleh Move On

Sup tulang berempah sememangnya sangat sedap dinikmati terutamanya apabila daging sangat empuk dan lembut. Rasa berempah yang bercampur sempurna membuatkan hidangan ini istimewa. Tak semua restoran boleh menyediakan sup tulang berempah yang sedap. Kali ini PP bawakan resepi sup tulang berempah yang memang terangkat!

Resepi ini dikongsikan oleh saudari Zana Mokhtar. Menurutnya resepi ini memang sedap dan amat sesuai dimakan bersama bihun dan juga sambal kicap. Resepi ini juga tidak memerlukan anda untuk menumis terlebih dahulu. Ini menjadikannya lebih mudah, hanya perlu campak-campakkan sahaja bahannya ke dalam periuk.

Malah menurutnya juga, memang tak cukup mangkuk kalau dah cuba makan sup ini nanti!

Tapii sup ni kan Kekna tak menumis langsung tau. Resipi ni Kekna dapat dari seseorang la. Memang sedap sangat sangat. Korang boleh la terai sampai tak cukup mangkuk di buat ye taw.

Jom kita tengok cara nak buat sup tulang berempah tak boleh ‘move on’ ini.

Resepi Sup Tulang Berempah

Bahan-bahan

  • Tulang daging
  • Halia
  • Serai
  • Lada hitam yang kasar
  • Sup bunjut tulang
  • 3 sudu besar Rempah sup
  • 1 sudu besar Rempah kurma
  • Batang saderi
  • Ubi kentang
  • Karot
  • Limau nipis
  • Daun sup – hiasan
  • Daun bawang – hiasan
  • Bawang goreng – hiasan

Cara Menyediakan

Untuk mengelakkan hamis tulang daging, boleh direndam dahulu dengan tepung. Selepas itu, baru dicuci bersih. Masukkan ke dalam periuk dan rebus sehingga daging tulang dah nampak lembut.

Masukkan serai, halia dan sup bunjut sekali.

Biarkan sampai empuk dagingnya barulah dimasukkan rempah sup dan rempah kurma.

Biarkan ia seketika hingga sebati dan selepas itu baru dimasukkan kentang dan karot.

Kemudian masukkan lada hitam, perahan limau nipis dan garam.

Akhir sekali masukkan batang saderi. Biarkan sekejap selepas tu bolehlah di hidangkan.

Taburkan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

Lepas tu boleh tambah sambal kicap pedas dalam sup itu.

Trivia

Fakta menarik mengenai sup dalam sejarah manusia: bukti kewujudan sup boleh didapati seawal kira-kira 20,000 SM.

Kredit resepi dan gambar : Zana Mokhtar

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial