Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Resepi

Cara Nak Buat Resepi Bomboloni Hot Pink Velvet Tak Perlu Uli

Lama sudah PP menyepi! Kini kami kembali membawakan kepada anda resepi-resepi menarik yang menjadi pilihan netizen di media sosial. Kali ini  kami bawakan resepi bomboloni hot pink velvet yang mudah dibuat tanpa perlu diuli!

Resepi bomboloni hot pink velvet ini dibawakan oleh Puan Ainur Aziana, dan mendapat ribuan perkongsian di media sosial.

“Asalnya nk buat donut red velvet tapinya ltk emulco red velvet tersikit plak, jadi warna hot pink ni la hasilnya 😅.. Kejadian donut pon gebu lembut..”

Lega aih sebabnya hakak kalau bab2 mendonut or meroti ni fail.. Selalu kena uli lama2 sampai elastik kan, ni resepi yg hakak guna jenis tak payah uli, mmg mudah la weiii 😁

Jom kita tengok cara nak buat resepi bomboloni hot pink velvet ini.

Resepi Bomboloni Hot Pink Velvet

Bahan-bahan

BAHAN A

1 paket yis 11g
2 sudu besar susu pekat
1 cawan air suam
1 sudu kecil red velvet emulco
• Campur semua bahan biar sampai yis naik

BAHAN B
4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bread improver (optional)
2 sudu besar margerin
1 sudu kecil garam
• Campur semua bahan ramas hingga jadi serbuk roti

BAHAN C
250g cream cheese
Susu pekat
Aising sugar
Whipping cream (mix kental)

• Cream cheese mix sebati dengan gula dan susu pekat (sukatan gula & susu mengikut agakan). Kemudian campurkan dengan whipping cream dan simpan di dalam peti dahulu.

Cara Menyediakan

Masukkan Bahan A ke dalam Bahan B dan kacaukan sehingga sebati. Tak perlu diuli lama-lama adunan. Agak sudah sebati semua bahan bolehlah diperap adunan tersebut. Adunan memang akan agak lembik namun ianya sudah okay sekiranya tidak melekat di tangan.

Perap adunan dalam setengah atau sejam. Tumbuk angin dan kemudian bulat-bulatkan. Tunggu sehingga doh kembang sehingga dua kali ganda saiz semasa mula-mula diperam.

Setelah itu bolehlah digoreng. Selesai digoreng, sejukkan dan boleh mula paipkan inti bomboloni.

Tips

Untuk filling inti, boleh dibuatkan lubang pada donut menggunakan lidi atau chopstick. Kemudian paipkan filling menggunakan plastik yang dilubangkan dihujung.

Untuk resepi ini, gunakan whipping cream non dairy.

Jika hendak disimpan doh untuk esok, goreng dulu sekejap untuk mematikan yis (agak-agak keperangan) dan masukkan ke dalam peti ais. Kemudian esok boleh digoreng sepenuhnya. Cara ini juga boleh digunakan jika hendak difrozenkan donut tersebut.

Trivia

Resepi ini juga boleh digunakan untuk membuat donut.

Untuk resepi bomboloni nutella, boleh klik di sini.

Kredit resepi dan gambar : Ainur Aziana

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial