Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Resepi

Cara Nak Buat Resepi Tauhu Telur Masak Sweet Sour Pedas

Tauhu telur mempunyai tekstur yang sangat lembut dan rasanya juga istimewa. Oleh sebab ini, ianya sangat sedap dinikmati dalam pelbagai jenis masakan. Kali ini PP bawakan kepada pembaca resepi tauhu telur masak sweet sour pedas yang menjadi kegemaran.

Resepi ini tidaklah begitu susah hendak dibuat. Yang pasti, tauhu telur ini memang perlu di ‘handle’ dengan berhati-hati kerana ianya sangat mudah pecah. Kalau pecah, memang kecewa juga kerana jika tidak pecah, hidangan akan kelihatan sangat cantik dan menarik.

Resepi tauhu telur yang kami bawakan ini dikongsikan oleh Puan Wati Radin Othman. Resepi ini mendapat puluhan ribu perkongsian di media sosial. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk mencuba resepi ini.

Jom tengok cara nak buat resepi tauhu telur yang meletup ini!

Resepi Tauhu Telur Masak Sweet Sour Pedas

Bahan-bahan

3 bungkus tauhu telur
1 biji telur
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
Halia*
Tomato*
Cili besar merah*
Cili padi*
3 sudu besar cili kering kisar
Sos cili
Sos tiram
Sos tomato

Cara Menyediakan

Keluarkan tauhu telur daripada plastic secara perlahan-lahan untuk mengelakkan ianya hancur. Bilaskan dengan air dan letakkan di tepi.

Pukul sebiji telur dengan sedikit garam dan sedikit ajinomoto (jika mahu) dan kemudian rendamkan tauhu ke dalam telur sebendar kemudian baru digoreng.

Hiriskan bahan-bahan bertanda * secara halus-halus dan tumiskan semuanya sehingga layu.

Apabila bahan-bahan mula layu, masukkan lada kering kisar dalam 3 sudu. Dan kemudian tambahkan sos cili, sos tiram dan sos tomato secukup rasa.

Apabila sudah garing, masukkan garam, gula dan ajinomoto (jika mahu) dan kacaukan. Kemudian masukkan tofu yang telah digoreng tadi. Siap.

Sangat sedap dimakan dengan nasi panas-panas!

Tips

Ramai yang risau hendak memotong tauhu telur ini kerana takut pecah. Ada dua teknik untuk mengeluarkan tauhu telur ini daripada bekasnya. Satu cara adalah memotong dihujungnya, dan kemudian picit di hujungnya perlahan-lahan sehingga semuanya keluar.

Cara kedua adalah menggunakan pisau yang betul-betul tajam, dan kemudian hiriskan di tengah-tengah plastik. Kemudian picit di hujung dan keluarkan secara perlahan-lahan.

Trivia

Nama lain bagi tauhu telur adalah tauhu jepun.

 

Kredit resepi dan gambar : Wati Radin Othman

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial