Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Resepi

Cara Nak Buat Resepi Cucur Badak Yang Lembut Dan Montok

Cucur badak adalah antara kuih tradisional Melayu yang digemari ramai. Kandungan utama kuih cucur badak adalah ubi keledek oren atau ungu. Ubi keledek yang manis menjadikan kuih ini mempunyai rasa yang menarik. Kuih ini juga sesuai dihidangkan untuk minum pagi ataupun petang. Untuk posting kali ini kami membawakan resepi cucur badak yang lembut dan montok.

Resepi ini dikongsikan oleh Puan Leeina Qaliena. Jom kita tengok cara nak buat resepi cucur badak ini.

Resepi cucur badak

Bahan-bahan

Bahan kulit

  • 500 gm keledek yg sudah di kukus
  • 125 gm tepung selfraising
  • Sedikit butter atau majerin (5gm)
  • sedikit garam halus

Lenyek waktu panas2 bersama garam dan dibiarkan sejuk sebelom campur tepung.

Bahan inti kelapa pedas

  • 2 biji kelapa parut putih
  • *5 biji bawang kecil
  • *3 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *2 batang serai
  • *1 sudu besar jintan manis(digoreng tnpa minyak utk naik baunya)
  • *segenggam udang kering
  • 15 ekor udang segar di goreng sebentar dan di tumbuk
  • *15 tangkai cili kering dibuang biji (cuci n rebus toskan airnya)

Cara Menyediakan

Kisarkan semua bahan kecuali kelapa dan udang yang ditumbuk

Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar dan udang yang ditumbuk sehingga naik bau.

Kemudian tambahkan sedikit air asam jawa dan kemudian masukkan garam, gula dan sedikit maggie cukup rasa. Kacaukan sehingga sebati dan kemudian masukkan kelapa.

Masakkan sehingga sedikit kering.

Cara buat doh cucur badak.

Kukuskan keledek sehingga empuk. Kemudian terus lenyek halus dengan garam semasa masih panas-panas.

Biarkan sejuk dan campurkan dengan tepung. Uli adunan sehingga menjadi doh.

Timbang doh sebanyak 30 atau 40 gram dan letakkan inti di dalamnya. Kemaskan.

Goreng dalam minyak yang banyak menggunakan api yang perlahan. Ketika menggoreng, balik-balikkan cucur badak agar cantik, bulat dan montok.

Tips

Sapukan sedikit minyak masak di tangan sekiranya doh melekat di tangan.

Jika hendak frozenkan, gorengkan sebentar sahaja dengan api sederhana. Goreng sehingga separuh masak dan keringkan di atas kitchen towel. Kemudian boleh di bungkus dan masukkan ke dalam freezer.

Jika hendak lebih kuantiti, gandakan sahaja resepi doh. Resepi untuk inti hasilnya memang banyak.

Trivia

Orang utara menggelar kuih ini Coqbadak.

Kredit resepi dan gambar: Leeina Qaliena

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial