Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Resepi

Cara Nak Buat Resepi Choco Jar Terlajak Sedap

Adakah peminat choco jar di kalangan pembaca PP? Kali ini kami bawakan kepada anda resepi choco jar yang terkenal di media sosial. Resepi ini dikongsikan oleh Cik Puan Hana dan mendapat ribuan perkongsian oleh pengguna media sosial yang lain.

Choco jar ini merupakan snek ringan yang pasti digemari oleh anak-anak. Ia mengandungi dua komponen utama iaitu coklat dan juga bubble rice atau bertih beras. Rasa coklat cair yang digabung dengan kerangupan bubble rice menjadikan ia sangat menarik untuk dinikmati. Tak sedar pun dah habis, dan pasti nak lagi!

Menarik bukan? Mengapa tidak kita buat sendiri dekat rumah sahaja. Resepi yang memang terlajak sedap pun kami kongsikan di sini.

Jom kita tengok macam mana nak buat resepi choco jar terlajak sedap ini!

Resepi Choco Jar Terlajak Sedap

Bahan-bahan

1 kg bubble rice
1 pek Beryl’s milk chocolate compound
Minyak masak

Cara Menyediakan

Sangaikan bubble rice di dalam kuali. Sangai adalah menggoreng tanpa menggunakan minyak.

Jika takut hangus, bolehlah diletakkan ke dalam oven pada suhu 100 selama 10 minit. Teksturnya perlu rangup. Selepas itu biarkan ia sejuk.

Sementara ia menyejuk, cairkan coklat beryl’s. Boleh gunakan kaedah double boiler.

Jika tidak dimasak di atas dapur, boleh juga menggunakan rice cooker. Pastikan bekas meletak coklat itu kering dan tiada setitis air pun di dalamnya.

Selepas coklat sudah cair, letakkan sedikit minyak masak. Agak-agak agar teksturnya cair. Jangan terlalu pekat kerana nanti choco jar akan mudah keras. Tak sedap.

Kemudian, letakkan bubble rice yang sudah dibakar @ sangai itu ke dalam bekas. Selepas itu, curahkan coklat yang cair itu. Pastikan coklat dan bubble rice kedua-duanya sudah sejuk belum mencampurkan kedua-duanya.

Siap! Sedap di makan terus. Jika mahu boleh ditambah serbuk oreo, kit kat, atau cadbury di atasnya.

Tips

Jika tiada coklat Beryl’s, boleh sahaja menggunakan coklat jenama lain.

Sekiranya menggunakan periuk nasi untuk kaedah double boiler, bekas coklat itu boleh menggunakan kuali yang boleh di dapati di kedai RM2, untuk menjimatkan kos.

Untuk kaedah double boiler menggunakan periuk nasi, letakkan air di dalam periuk nasi dan kemudian letakkan kuali kecil berisi coklat di atasnya. Coklat akan mencair apabila terkena wap air daripada bawah.

Pastikan menggunakan minyak masak dan bukannya butter untuk mencairkan coklat. Ini kerana butter akan menyebabkan coklat mengeras apabila sudah sejuk.

Minyak masak biasa boleh digunakan untuk mencairkan coklat.

Kebanyakan yang mencuba buat, coklat akan menjadi keras. Kebiasaanya ini adalah kerana minyak masak yang ditambah tidak mencukupi. Jangan takut untuk lebihkan minyak masak.

Pastikan semasa mencurahkan coklat ke atas bubble rice, kedua-duanya perlu betul-betul sejuk. Jika tidak, bubble rice akan mudah lemau.

1 kilogram bubble rice boleh menghasilkan lebih kurang 40-50 cawan choco jar.

Trivia

Secawan choco jar (seperti gambar) boleh dijual pada harga RM2.

Sebungkus coklat Beryls’s boleh didapati dalam lingkungan harga RM14-RM17.

Kredit resepi dan gambar: Cik Puan Hana

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial