Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Resepi

Cara Nak Buat Resepi Dadih Yang Pasti Berlemak Dan Berkrim

Dadih memang merupakan satu manisan yang digemari ramai. Teksturnya yang lembut dan rasanya yang sedap memang sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia. Kanak-kanak pasti gembira kalau ada dadih di depan mata. Kali ini kami bawakan resepi dadih yang pasti anda suka.

Kalau beli di luar, kadang-kadang kualitinya tidak seperti yang kita harapkan. Teksturnya tidak berlemak dan rasanya kurang enak. Mengapa tidak cuba buat sendiri. Resepi yang kami bawakan ini menghasilkan dadih yang pasti lemak dan berkrim.

Resepi ini dikongsikan oleh saudari Nur Haziqah dan mendapat perkongsian ribuan pengguna media sosial. Dadih yang dihasilkan tidak menggunakan serbuk dadih.

Menurutnya;

Yang pasti lebih berlemak dan berkrim berbanding guna serbuk dadih. Sebelum ni pernah buat dadih tak bubuh tepung jagung pun , tapi tengok u tube resepi tu bubuh tepung jagung. Memang rasa lain bubuh dan tak bbuh tepung jagung. Sedap tu lagi berganda ??

Sedap yang berganda. Pasti teruja kan. Jom kita tengok cara nak buat resepi dadih yang meletup ini.

Bahan-bahan

  • 150 gm gula ( boleh tambah lagi kalau tak cukup manis. Resepi ini manis sedang-sedang )
  • 20 gm serbuk agar-agar ( saya guna cap bunga raya )
  • 1 sb tepung jagung
  • 1 sk garam
  • 1 liter susu segar / susu kotak
  • 500 ml air
  • Perasa – bergantung nak guna perasa apa pun
  • Untuk resepi ini digunakan koko , nescafe , dan susu.

Cara Menyediakan

Masukkan gula , serbuk agar-agar , garam , tepung jagung dan air ke dalam periuk. Kacau sebati dan masak atas api sehingga mendidih dan agar-agar larut.

Gunakan api perlahan untuk seketika sehingga agar-agar larut, kemudian gunakan api kuat sehingga mendidih.

Apabila agar-agar sudah melarut, tapiskan. Sesudah ditapis, masukkan susu dan kacaukan sehingga sebati. Adunan tak perlu lagi dimasakkan sesudah susu dimasukkan.

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut perasa yang diinginkan. Untuk resepi ini dibuat tiga bahagian, perasa susu (plain), koko dan nescafe.

Jika menggunakan nescafe, masukkan separuh paket sahaja. Jika masukkan satu paket, dikhuatiri akan menjadi terlalu manis.

Masukkan adunan ke dalam cawan plastik dan biarkan sejuk

Apabila sudah sejuk, baru ditutupkan cawan dan masukkan ke dalam peti ais. Biarkan selama 1 hingga 2 jam.

Dadih siap disediakan dan boleh makan!

Tips

Dadih bawah ni tak berjeli. Kalau guna serbuk dadih paket bawah akan berjeli.

Untuk perasa boleh gunakan serbuk koko dan serbuk nescafe 3 in 1. Guna separuh paket sahaja. Dadih akan tak cair dan tak juga keras. Tekstur akan menjadi seperti puding sedut.

Resepi ini akan mendapat hasil 9 cawan. Kalau hendak lebih boleh gandakan bahannya.

Resepi ini mengikut sukatan penulis sendiri. Jika hendak sedap jangan kedekut susu. Biar susu banyak dari air pun tidak mengapa.

Trivia

1 cawan dadih boleh dijual pada harga RM2.50

Secara tradisionalnya, dadih dibuat dengan menggunakan susu yang diperam.

Kredit resepi dan gambar: Nur Haziqah

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial