Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Resepi

Cara Nak Buat Resepi Ayam Masak Merah Dengan Bahan Rahsia

Ayam masak merah merupakan satu masakan tradisional yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia. Juadah ini sering kita temui di majlis-majlis kenduri yang dihidangkan bersama-sama dengan nasi tomato atau nasi minyak. Resepi ayam masak merah ada macam-macam cara, namun kali ini kami bawakan sesuatu yang berbeza.

Resepi kali ini sedikit berbeza daripada kebiasaan ayam masak merah yang kita tahu. Ia mengandungi 2 bahan rahsia yang menjadikan ianya berbeza.

Resepi yang kami bawakan kali ini dikongsikan oleh saudara Mohamad Firdaus. Menurutnya;

Resepi AYAM MASAK MERAH yang super senang and sedap. Setiap kali raya n open house saya selalu masak ayam merah ni. Ramai yang cakap sedap n berbeza dengan yang biasa mereka makan. Setiap kali yang rasa pasti suruh saya masak lagi.. ni saya share resepi nya.

Jom kita tengok macam mana resepi ayam masak merah ini.

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Rempah 4 sekawan
  • Bawang besar
  • Daun pandan
  • Cili kering
  • Bawang merah
  • Halia
  • Kunyit
  • Bawang putih
  • Asam jawa
  • Sos cili Life
  • Gula nisan/merah
  • Kunyit
  • Daun sup (jika suka)

Cara Menyediakan

Tumiskan rempah 4 sekawan beserta dengan daun pandan. Daun pandan akan menambah wangi dan menjadikan lebih sedap. Boleh juga ditambah serai jika mahu.

Masukkan bawang besar yang sudah dihiris. Tumiskan sehingga layu.

Masukkan cili kering yang telah dimesin bersama-sama dengan bawang merah, halia, kunyit dan bawang putih. Tumiskan sehingga pecah minyak.

Kemudian masukkan sedikit asam jawa.

Seterusnya adalah rahsia resepi ayam masak merah ini, iaitu menggunakan sos cili jenama Life. Tambah sos cili ini mengikut agakan, bergantung kepada kepekatan dan kepedasan yang diinginkan. Sos cili ini akan memberikan rasa manis pedas yang berbeza berbanding cili yang dimesin itu.

Satu lagi rahsia adalah dengan menambah gula nisan atau gula merah. Gaulkan sekata.

Kemudian, tambahkan perasa iaitu gula pasir, garam, ajinomoto (jika mahu) mengikut citarasa. Gaulkan sehingga sekata. Jika agak pekat, boleh tambahkan air.

Tambahkan ayam yang telah siap digoreng dengan kunyit.

Gaulkan sehingga sebati dan biarkan selama lebih kurang 5 minit supaya sambal itu mereseap ke dalam ayam.

Boleh tambahkan daun sup jika suka. Siap!

Tips

Pastikan semasa menggoreng ayam, ia tidak digoreng terlalu garing supaya tidak terlalu keras.

Trivia

Ada pelbagai jenis cara untuk buat ayam masak merah termasuklah yang menggunakan tomato puree.

Kredit resepi dan gambar: Mohamad Firdaus

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial