Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Resepi

Cara Nak Buat Resepi Aiskrim Malaysia Yang Istimewa

Aiskrim Malaysia merupakan satu aiskrim yang sangat simple dari segi rupanya. Namun jarang orang boleh menolak jika ditawarkan aiskrim ini. Rasanya memang menarik dan kanak-kanak sangat menggemarinya. Resepi aiskrim Malaysia ada macam-macam jenis. Dan kali ini kami bawakan resepi yang memang mantap dan berbaloi.

Ianya mudah dibuat dan boleh disimpan di rumah. Boleh dimakan bila-bila masa yang dikehendaki. Kalau nak buat berniaga pun boleh. Resepi ini dikongsikan oleh Puan Aida Radzuan dan mendapat sambutan hangat di media sosial.

Menurutnya;

Jadiiiii harini Aida nak share resepi dan video ikat aiskrim malaysia..Dengan resepi ni jugak lah Aida buat untuk berniaga online dan offline…Alhamdulillah rezeki anak2 Aida..Tiap2 minggu order masuk..Budak2 area rumah pon ramai dtg beli kat rumah ??

Jom kita tengok cara nak buat aiskrim Malaysia seperti di bawah.

Bahan-bahan

  • 1 Tin Susu Pekat
  • 1 Tin Susu Cair
  • 4 1/2 tin Air Masak
  • 2 1/2 sudu besar Tepung Jagung (utk lembutkan aiskrim)
  • Garam sikit (utk rase lemak2 )
  • 1sudu kecik Essence Vanilla

Cara Menyediakan

Campurkan susu pekat dan susu cair. Kemudian campur sekali air masak sebanyak 4 1/2 tin.

Bancuhkan tepung jagung di dalam bekas sebelum dimasukkan ke dalam periuk untuk dimasak.

Kemudian campurkan garam dan esen vanila. Masak adunan sehingga mendidih dan setelah itu tutup api dan biarkan sejuk.

Sesudah sejuk, masukkan ke dalam plastik aiskrim untuk dibungkus.

Tips

Video cara-cara untuk mengikat plastik aiskrim

semua jenis aiskrim yg bersusu dan tak bersusu mesti masak air tu sampai mendidih walaupon pakai air coway atau cucco

Trivia

Aiskrim Malaysia berbeza cara penyediaannya dengan aiskrim biasa. Untuk resepi aiskrim Milo yang mudah dan sedap, lihat di hantaran kami di sini.

Kredit resepi dan gambar: Aida Radzuan

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial