Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Resepi

Cara Nak Buat Resepi Char Kuey Teow Penang Macam Kedai

Memang tak dinafikan char kuey teow memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Resepi char kuey teow yang sedap sememangnya dicari-cari. Tak usah pening, kali ini kami kongsikan resepi yang terbukti sedap dan disukai ramai.

Resepi ini dikongsikan oleh pengguna media sosial Sweets Niesah dan mendapat perkongsian ribuan pengguna lain. Banyak yang dah buatkan dan memuji hasilnya. Menurut Puan Niesah;

SELAMAT MENCUBA U OLLS
RESEPI YG XSEBERAPA NI…SYA BUKAN SEORANG PENJUAL CHARKOETEOW
BUAT UTK FAMILY JER

Walaupun bukan penjual char kuey teow, tp ramai yang kata hasilnya masih sama macam dikedai dan sedap pasti nak lagi. Jom tengok cara nak buat resepi char kuey teow ini!

Resepi Char Kuey Teow Penang Macam Kedai

Bahan-bahan Paste Char Kuey Teow

  • 9 ulas bawang putih diketuk
  • 12 ekor udang kertas (buang kulit, kepala dan rebus hingga mendidih)
  • 500ml air utk rebusan dgn udang
  • 12 sb sos tiram*
  • 6 sb kicap pekat*
  • 6 sb kicap manis*
  • 1 sb petis udang*
  • 6 sb gula*
  • 4 ketul kiub ikan bilis*
  • 2 sk garam halus*
  • 2 sk magie ckup rasa*
  • 1 sk ajinomoto (pilihan)*

Cara Menyediakan

Ketuk bawang putih (boleh guna mesin) dan asingkan isi udan daripada kulit dan kepalanya.

Rebus isi udang tadi dan ambilkan penapis dan kaut isi udang sahaja.

Biarkan air rebusan itu dan gunakan untuk merebus kulit dan kepala udang pula.

Rupa selepas kulit dan kepala direbus.

Kisarkan kulit dan kepala udang yang telah direbus itu. Kisarkan sekali dengan air rebusan udang tadi.

Ambil dalam 5 ekor is udang tadi dan kisarkan sekali untuk dapatkan rasa manis udang itu.

Selepas dikisarkan, tapiskan supaya sisa-sisa kulit tidak termasuk sekali.

Selepas ditapis, ini rupanya.

Masukkan semua air rebusan udang tadi, tak perlu dibuang.

Kemudian, masukkan bawang putih yang diketuk tadi dan renehkan dengan semua bahan-bahan bertanda * sehingga sekata.

Biarkan mendidih. Tapiskan untuk mengasingkan bawang putih yang masih berketul-ketul.

Siap sudah paste char kuey teow. Hasilnya dalam setengah balang, dan boleh digunakan banyak kali. Simpan di dalam peti sejuk dan boleh digunakan pada masa akan datang, tak perlu buat lagi.

Bahan-bahan Char Kuey Teow

(senduk dalam gambar sebagai sukatan)

  • 1 sb minyak
  • 1 sk bawang putih (bawang yg ditapis tadi, basuh dan kisar. Jangan buang nanti mmbazir)
  • 1 senduk cili kisar (cili kisar kisar dengan air asam jawa)
  • 3 1/2 senduk paste charkoteow yang dibuat tadi
  • udang
  • koewteow
  • taugeh dan kucai
  • telur ayam
  • air utk yang suka berkuah

Cara Menyediakan

Tumis bawang putih dan masukkan 3 ekor udang. Lebih pun tidak mengapa.

Kemudian masukkan 1 senduk cili kisar, dan 3 1/2 senduk paste char kuey teow.

Tambahkan segenggam kuey teow.

Masukkan sedikit kucai dan taugeh.

Masukkan sebiji telur. Kemudian kacaukan supaya semuanya sekata. Tambah air untuk yang sukakan berkuah.

Siap!

Tips

Sukatan ini adalah untuk sepinggan-sepinggan. Jika nak buat banyak, kena buat banyak kali, sama seperti di kedai. Di kedai pun memang akan buat banyak kali dan asing-asing.

Gunakan api kuat untuk kurangkan bau hanyir telur.

Trivia

Char kuey teow diiktiraf sebagai juadah kegemaran nasional di Singapura dan Malaysia.

Nama juadah ini adalah dalam bahasa Hokkien (chhá-kóe-tiâu?). Namun masakan ini dikatakan berasal dari Chaozhou di wilayah Guangdong, China dan dikaikan dengan Teochew.

Char kuey teow adalah makanan bungkus yang terkenal di Australia dan New Zealand.

Kalau anda berminat dengan resepi mee goreng sedap yang viral, boleh KLIK SINI.

Kredit resepi / gambar : Sweets Niesah

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial