Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Resepi

Cara Nak Buat Resepi Kari Ayam India Yang Terangkat

Kari Ayam memang satu hidangan yang amat dikenali di kalangan rakyat Malaysia. Ada macam-macam jenis masakan kari boleh didapati di restoran-restoran di sekeliling kita. Juadah ini dikatakan berasal daripada India, namun dah mendapat pelbagai modifikasi oleh rakyat tempatan. Kali ini PP membawakan untuk anda resepi kari ayam India yang terangkat!

Resepi kari ayam ini dikongsikan oleh Puan Norizan Namnon. Hantarannya mendapat ribuan perkongsian daripada pengguna lain. Ramai yang terus cuba buat dan sangat berpuas hati dapat menikmati hidangan kari ayam yang sememangnya mereka sangat idamkan.

Resepi kari ayam ini tidak menggunakan santan. Ia juga tidak menggunakan asam jawa atau asam keping seperti kebiasaan resepi-resepi lain. Buat anda tertanya-tanyakan? Haa jom tengok cara nak buat resepi kari ayam ini yang terangkat ini!

Resepi Kari Ayam India Yang Terangkat

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam (digaul sedikit garam dan kunyit)
  • 2 biji bawang besar( di hiris)
  • 6 biji bawang putih( di blender)
  • 1/2 inci halia( diblender)
  • 3 biji tomato( di potong)
  • 3 biji kentang (di potong)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 biji lada besar hijau dan merah (di belah 2)
  • 3 tangkai cili kering (di potong 2)
  • kayu manis, bunga lawang
  • 2 senduk rempah kari babas (daging)

Cara Menyediakan

Sediakan bahan-bahan yang diperlukan

Tumis kayu manis dan bunga lawang

Masukkan kentang,lada besar hijau, cili kering dan tomato

Masukkan ayam dan kacau sehingga sebati

Masukkan kisaran halia dan bawang putih

Masukkan rempah kari dan kacau

Biarkan sekejap dan kemudian masukkan air hingga ayam tenggelam

Letak serbuk perasa dan last letak lada besar merah

Tips

Rempah tak perlu bancuh dahulu, terus masuk sebagai serbuk ke dalam kuali.
Ayam tak perlu goreng dahulu. Hanya perlu digaul dengan serbuk kunyit dan garam sahaja.
Resepi ini tidak menggunakan asam keping atau asam jawa. Ia menggunakan tomato sebagai ganti.
Resepi ini tidak menggunakan santan hanya masukkan air sahaja.
Masakkan sehingga pecah minyak untuk memastikan rempah benar-benar masak.

Trivia

Kari ayam adalah juadah yang berasal daripada subkontinen India, dan merupakan juadah yang menjadi norma di India, Asia Tenggara dan juga kepulauan Caribbean.

Ada pelbagai jenis juadah kari ayam di Asia Tenggara. Walaupun banyak kari ayam berasal dari India, ada juga yang datang dari kawasan berhampiran dengan India juga.

Lain negara, malah lain komuniti dalam negara-negara ini menghasilkan juadah kari yang pelbagai. Di Malaysia, kebiasaannya kari ayam dimasak dengan santan. Manakala di Thailand pula, juadah ‘green curry’ atau ‘red curry’ sangat terkenal di sana.

Ada juga jenis masakan kari kering yang tidak berkuah. Ada PP kongsikan sebelum ini. Untuk membuat resepi ayam masak kari kering yang simple, boleh KLIK SINI.

Kredit resepi / gambar : Norizan Namnon

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial