Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Resepi

Resepi Begedil Ayam Soto Yang Tak Berhenti Nak Ratah

Kali ini jom tengok resepi begedil ayam yang tak boleh berhenti nak ratah. Begedil ayam sememangnya amat sedap dimakan dan digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Begedil ayam boleh dimakan bersama-sama dengan makanan bersup seperti soto, atau boleh juga dimakan begitu sahaja. Rasanya yang enak dan ia mempunyai teksur dalaman yang lembut. Lapisan luarannya pula rangup menghasilkan kombinasi yang lazat.

Resepi begedil ayam yang sedap yang kami bawakan ini senang dibuat. Tambahan pula, barang-barang yang diperlukan untuk membuatnya juga senang didapati di kedai-kedai berhampiran.

Jom tengok cara nak buat resepi begedil ayam ini!

Bahan-bahan

46 ketul – saiz mini

  • 1.5kg/ 15 ketul kentang
  • 400g/ sebungkus ayam kisar berkualiti tinggi/ isi ayam yang telah dicarik
  • 1 cawan bawang goreng
  • 1 cawan hirisan daun sup & daun bawang
  • 2 ½ sudu teh lada putih
  • Garam secukupnya rasa
  • 3 biji putih telur (AA)

Cara Menyediakan

Kupas kentang & cuci bersih. Kukus sehingga kentang lembut. Sejukkan.

Lecek kentang sehingga lumat.

Campurkan ayam kisar yang telah dicuci, bawang goreng, hirisan daun sup & daun bawang, lada putih & garam bersama dengan kentang lenyek. Gaul sampai sekata.

Bahagikan doh kepada beberapa bahagian (Saya timbang setiap doh dengan berat 25g). Bulatkan & bentukkan agar lebih cantik & kemas.

Panaskan minyak, salutkan doh begedil dengan putih telur & goreng sehingga berwarna keemasan.

Setelah masak, toskan minyak berlebihan. Sedia untuk dihidangkan & diratah begitu saja.

Tips

Kentang boleh juga digoreng dahulu sebelum dilecek hingga lumat.

Jangan balik-balikkan begedil dengan kerap ketika menggoreng supaya begedil tidak pecah.

Jika nak dibuat stok untuk ‘frozen’, goreng sekejap sahaja. Toskan minyak, sejukkan & bolehlah disimpan di dalam bekas.

Trivia

Istilah begedil, pergedel atau perkedel sebenarnya berasal dari Bahasa Belanda: Frikadel. Ini menunjukkan pengaruh Belanda dalam seni masakan ini.

Begedil Belanda atau Frikadel dibuat dari daging cincang yang dilumat dan kemudian digoreng.

Di Malaysia begedil dibuat dengan bahan kentang yang kadang-kadang ada sedikit daging cincang atau daging perkasam dimasukkan sekali.

Begedil juga ada yang dibuat daripada ubi keledek, ubi kayu direbus atau digoreng dan di lumatkan, yang dibuat dari tauhu, tauhu dilumatkan dan dicampur dengan bahan-bahan perencah dan telur ayam lalu digoreng.

Ada juga yang membuat tauhu begedil, iaitu membalut bedegil di dalam tauhu dan menggoreng dengan selaput telur. Kalau nak dapatkan resepi tauhu begedil yang sedap dan viral boleh klik di SINI.

Kredit resepi begedil ayam/Gambar : Noor Ashikin Saerah

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial