Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Resepi

Cara Nak Buat Resepi Bubble Rice Choco Bar Home Made

Tak dinafikan coklat sememangnya amat digemari oleh masyarakat di Malaysia terutamanya golongan kanak-kanak. Asyik beli saja kan, apa kata kali ini cuba buat sendiri pula. Kali ini kami kongsikan resepi Bubble Rice Choco Bar yang menarik.

Resepi ini dikongsikan oleh pengguna media sosial Ninie Suehoney. Tak sangka mudah saja nak membuatnya. Anak-anak anda pasti suka dan akan selalu minta anda membuatnya.

Baiklah! Tak perlu tunggu-tunggu. Jom tengok cara nak buat resepi bubble rice choco bar di bawah ini!

Bahan-bahan

500 gram chocolate masakan (penulis guna Milk Compound jenama Beryl’s)
25 ml minyak masak (atas pilihan – tak letak pun tak mengapa)
Bubble rice secukupnya
***boleh juga diletak kismis/kekacang

Cara Menyediakan

Bakar bubble rice di dalam ketuhar pada suhu 120°c selama lebih kurang 10 minit atau sehingga rangup. Kemudian, letakkan di tepi dahulu.

Cairkan coklat masakan sepenuhnya dengan menggunakan kaedah double boil. Masukkan minyak masak dan kacau sehingga sebati.

Masukkan sedikit coklat ke dalam mould/cetak.

Kemudian taburkan bubble rice ke atasnya. Jangan ditekan, cukup sekadar tabur sahaja.

Selepas itu tuang (2) ke atas bubble rice tadi sehingga menutupi keseluruhan permukaan. Hentakkan sedikit mould untuk meratakan coklat.

Simpankan ke dalam peti sejuk bahagian chiller untuk seketika. Apabila sudah sejuk/beku, boleh dikeluarkan dari cetak/mould dan sedia di makan.

Tips

Pastikan coklat suam-suam kuku sebelum dituang ke atas bubble rice untuk elakkan lemau.

Penulis letak minyak masak sedikit, jd nanti selepas beku, bar coklat yang terhasil tidak terlalu keras. Lebih kurang macam yang dibeli di kedai.

Mould/cetak coklat yang penulis gunakan adalah dengan harga kurang dari rm10/pcs

Berminat dengan coklat? Anda juga mungkin berminat dengan resepi choco jar terlajak sedap ini. Boleh klik di sini.

Kredit resepi: Nenie Suehoney

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial