Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Resepi

Cara Nak Buat Resepi Krim Roti Bajet Macam Kedai

Roti krim yang diperbuat daripada gabungan roti bun manis dan inti krim sememangnya digemari ramai terutamanya kanak-kanak. Kali ini kami bawakan resepi roti krim yang sangat menarik seperti di beli di kedai!

Resepi roti krim ini dikongsikan oleh saudari Fierah Zulaikha di media sosial dan mendapat ribuan perkongsian oleh pengguna lain. Resepi roti krim ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu resepi untuk roti bun manis, dan resepi inti krim.

Resepi roti bun ini sesuai untuk semua jenis roti bun, pizza dan juga donat. Baiklah jom kita tengok cara nak buat resepi roti krim seperti di bawah ini.

Resepi Roti Bun Manis

Bahan-bahan

Resepi untuk 500g

500g tepung roti
90 g gula halus
7 g garam halus
28 g shortening
8 g yis
3g magic improver
266 ml air sejuk
(Air sukatan anggaran sahaja)

Resepi 250 g

250 g tepung roti
45 g gula halus
4 g garam halus
14 g shortening
4 g yis
1 g magic improver
133 ml air sejuk
(Air sukatan anggaran sahaja)

Cara Menyediakan

Campur semua bahan kecuali yis dan air sejuk.

Putar hingga sebati sebati. Kemudian masukkan air sejuk dan adun lagi.

Letak air sedikit demi sedikit ikut kelembutan doh masing-masing.

Kemudian last masukkan yis dan adun hingga elastik.

Roundingkan doh bagi bulat (50g) dan rehatkan doh selama 8 minit. Kemudian, canaikan bagi sedikit panjang , gulungkan dan kelimkan hujungnya.

Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180 celcius dengan api atas dan bawah selama 15 minit sehingga keperang-perangan.

Biarkan roti sejuk sebelum dipotong dengan pisau untuk diletakkan inti krim.

Tips

Terpulang mengikut citarasa masing-masing jika hendak meletakkan telur ke dalam adunan atau tidak.

Doh untuk roti bun adalah 50g.

Sebelum dibakar, jika doh kelihatan kering, boleh dsemburkan dengan air.

Jika mahu roti berkilat cantik, sapukan marjerin sebaik sahaja roti siap dibakar.

Magic improver digunakan supaya roti tidak mengecut setelah dibakar. Jika tiada magic improver boleh digunakan bread improver atau softener.

Magic improver dijual oleh penulis resepi. Boleh hubungi beliau di sini.

Resepi Inti Krim

Bahan-bahan

500g Marjerin pelangi atau puteri
200g Gula halus diblender halus.
Sedikit esen vanila

Cara Menyediakan

Putar marjerin dan gula hingga putih dan kembang sedikit.

Untuk perasa, boleh gunakan emulco. Untuk coklat gunakan emulco coklat.

Untuk perasa jagung, gunakan emulco, kordial jagung dan esen jagung.

Trivia

Ada pelbagai jenis roti krim yang memang dikenali di serata dunia. Antara jenis yang dikenali adalah seperti maritozzi daripada Italy dan Semla daripada negara Sweden.

Roti krim manis ini dikatakan berasal daripada Hong Kong.

Kredit resepi/gambar : Fierah Zulaikha

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial