Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Resepi

Cara Nak Buat Resepi Pes Sambal Ikan Bakar

Tahukah anda jika anda kerap memakan ikan bakar, anda akan mempunyai otak yang lebih cemerlang? Ini dibuktikan dalam kajian oleh sebuah universiti di negara barat. Haa sebab itu kali ini PP membawakan resepi pes sambal ikan bakar yang istimewa.

Resepi ini dikongsikan oleh Puan Wan Noraini Wan Adam. Menurutnya, resepi ini dihasilkan bersama-sama dengan arwah suaminya. Resepi ini mendapat ribuan kongsian daripada pengguna yang lain.

Jom kita tengok cara nak buat pes sambal ikan bakar ini. Mudah sahaja rupanya. Boleh lah dibuat selalu dan mana tahu akan berubah menjadi orang yang cemerlang!

Resepi Pes Sambal Ikan Bakar

Bahan-bahan

Ikan cencaru yang dibelah belakang, dan dibersih
Cili kering yang dibersihkan dan direbus
3 batang serai
5 biji bawang putih
Gula melaka / gula nisan
Belacan
Sedikit halia dan lengkuas (tiada dalam gambar)
Air asam jawa
Garam, gula dan ajinomoto (jika mahu)

Cara Menyediakan

Blender semua bahan-bahan bersama dengan minyak masak.

Sapukan pes dengan sekata pada ikan yang telah siap dibersihkan.

Kemudian, boleh dibakar ikan tersebut. Terpulang untuk bakar terus atau diletakkan di atas aluminum foil.

Tips

Jika hendak lebih umph…alaskan dengan daun pisang.

Pes ini boleh disediakan awal-awal dan disimpan di dalam peti sejuk. Lain kali apabila hendak dimakan, boleh saja dikeluarkan dan terus digunakan untuk menyediakan ikan bakar.

Trivia

Selain ikan cencaru, ada pelbagai jenis ikan lagi yang sedap untuk dibakar antaranya ikan kerapu, aji-aji, pari atau jenahak.

Mereka yang memakan ikan bakar dapat mencegah terjadinya sakit jantung, penyakit kolesterol dan menyihatkan sistem kardiovaskular.

Memang mudah untuk memasak jika anda sediakan dahulu pes-pes masakan awal-awal. Bila nak memasak, terus boleh gunakan pest yang ada. Lebih cepat dan efisyen. Jika anda berminat dengan resepi pelbagai jenis pes yang lain, boleh KLIK DI SINI.

Kredit resepi / gambar : Wan Noraini Wan Adam

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial