Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Resepi

Cara Nak Buat Resepi Kuih Getas Yang Lemak Manis

Kali ini kami bawakan untuk anda resepi kuih getas.Kuih Getas atau kuih getas-getas adalah sejenis kuih tradisi yang disira dengan air gula. Ia juga dikenali sebagai kuih Kemplang. Ia biasanya dibuat dari tepung beras berbentuk sedikit bujur dan selepas diadun ia digoreng sira dengan air gula.

Ia boleh dimakan sebagai makanan ringan bila-bila masa dan rasanya yang lembut dan kenyal itu menjadikan ia amat diminati.

Resepi kuih getas ini dikongsikan oleh saudari Fiqa Syafiqa di media sosial yang mendapat ribuan perkongsian pengguna lain. Memang sedap kuih getas ini ramai yang sangat gembira dengan perkongsian beliau.

Jom kita tengok cara nak buat kuih getas ini!

Resepi Kuih Getas Fiqa

Bahan-bahan

1 peket tepung pulut
1 biji kelapa parut putih
Sedikit garam
1 cawan air (secukupnya menjadi doh)

Cara Menyediakan

Gaul semua bahan sehingga menjadi doh

Kemudian bentukkan doh tersebut

Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan hingga kekuningan sedikit dan kemudian terus diangkat

Bahan-bahan Sira

1 cawan gula
1/2 cawan air panas
1 helai daun pandan

Cara Menyediakan

Masak dalam kuali hingga agak likat

Masukkan kuih

Kacau sehingga gula menjadi kering

Siap!

Tips

Kuih mungkin meletup di dalam kuali oleh itu berhati-hati ketika menggoreng. Untuk elakkan meletup bolehlah dicucukkan dengan garfu sebelum menggoreng.

Masukkan kuih ke dalam gula ketika masih panas-panas

Trivia

Apabila diubah suai, kuih ini juga dikatakan sedap apabila ditambah dengan cream cheese.

Jika anda penggemar kuih tradisional, anda mungkin berminat dengan resepi kuih tradisional yang lain seperti kuih cucur. Boleh klik di SINI untuk resepinya.

Kredit resepi/gambar : Fiqa Syafiqa

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial