Pensel Pen

Laman resepi kegemaran anda

Resepi

Resepi Ikan Siakap Masak Kengsom Yang Unik

Ada pelbagai jenis masakan ikan yang kita pernah cuba di restoran-restoran di serata negara. Masakan ikan sememangnya antara hidangan utama jadi mestilah istimewa juga cara masakannya. Kali ini kami bawakan resepi ikan siakap masak kengsom yang berasal dari Thailand.

Resepi ini dikongsikan oleh saudari Emila Nadia di media sosial dan mendapat sambutan yang meletup dari pengguna lain. Menurutnya, resepi asal ini adalah daripada blogger AzieKitchen.

Resepi ikan siakap masak kengsom merupakan masakan Thailand yang mempunyai pelbagai jenis rasa digabungkan di dalam satu hidangan. Ada rasa masam, manis dan pedas yang cukup menarik untuk dimakan.

Jom kita tengok cara nak buat resepi ikan siakap masak kengsom seperti di bawah ini.

IKAN SIAKAP MASAK KENGSOM

Bahan bahan

1 ekor ikan siakap
1/2 biji nenas
Kangkung
2 batang serai – ketuk
1 biji limau nipis
Garam
Gula

Bahan kisar:
2 tangkai cili merah
8 tangkai cili padi
1 biji bawang besar – sederhana besar
6 ulas bawang putih
Sedikit belacan
1 inci kunyit hidup

Cara Menyediakan

Masukkan bahan kisar dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.

Masukkan nenas dan serai. Masak hingga mendidih seketika, sebelum dimasukkan ikan.

Setelah ikan masak, masukkan garam dan gula.

Tutup api dan masukkan kangkung kerana mahu kangkung yang masih rangup.

Masukkan perahan jus limau. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.

Tips

Resepi ini tidak perlu di tumis terlebih dahulu.

Jika tiada ikan siakap, boleh juga digunakan ikan laut yang lain seperti ikan tenggiri.

Kangkung boleh juga digantikan dengan sayur lain seperti daun kesom.

Trivia

Ikan Siakap memiliki isi putih, berkeping, sungguhpun ikan air tawar yang lebih besar biasanya memiliki banyak lemak badan. Ikan Siakap laut pula dikatakan sedap dimakan.

Sekiranya anda berminat dengan resepi ikan percik ala Kelantan, boleh dapatkannya di SINI.

Kredit gambar/resepi : Emila Nadia

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial